Wednesday, 1 May 2013

Premium Beautiful Specialist

Bila sebut je brand Premium Beautiful dah pasti ramai yang dah tahu dan memang ramai sangat yang dah pakai dan tak kurang juga yang PERNAH pakai suatu ketika dahulu. Bagi yang dah lama pakai tu pasti dah tahu kebaikan yang ada pada miracle corset ni kan..Alhamdulillah sejak Fiza pakai selama setahun setengah ni dah banyak sangat perubahan yang Fiza rasa..dan Alhamdulillah sejak ceburkan diri dalam Premium Beautiful Business ni, permintaan tak pernah surut. 

tapi lately Fiza banyak dapat complaint dari pengguna-pengguna Premium Beautiful (bukan beli dari Fiza) ada yang saiz girdle jadi terlalu longgar, fabric Premium Beautiful jadi berbulu, salah informasi berkaitan dengan "lifetime warranty" pun ada..bila Fiza tanya balik dari segi penjagaan,cara pakai yang diterangkan oleh agent asal mereka, memang banyak yang salah maklumat. Bukan lah nak kata Fiza ni pakar tentang Premium Beautiful ni, tapi Alhamdulillah kami di Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) telah dilatih oleh Specialist Premium Beautiful dari HQ sendiri. Jadi kami telah diberi penerangan secara terperinci tentang Premium Beautiful corset, apa itu FIR, apa element atau bahan yang terkandung dalam Premium Beautiful ni, cara ukur yang tepat, serta tak cara penjagaan dan TEKNIK PENGALIHAN LEMAK YANG BETUL.

adalah amat penting sebenarnya untuk anda tahu cara pakai dan cara pengalihan lemak yang betul untuk dapatkan hasil yang optimum. Jika tersalah cara pakai, anda mungkin akan merosakkan corset anda dan bentuk badan yang anda idamkan memang susah nak dapat.

jadi dekat sini Fiza nak tekankan, untuk sesiapa yang ingin mendapatkan Premium Beautiful corset, sila pilih agent atau consultant yang telah dilatih agar pelaburan anda tidak sia-sia



penerangan terperinci tentang teknologi Premium Beautiful

Penerangan satu persatu bahagian dalam Premium Beautiful 

Kami diberi penerangan tentang Far Infrared Rays (FIR) ternyata bukan cakap kosong

Teknik ukuran yang tepat penting untuk mendapatkan keselesaan  dan kesan yang optimum

Kami adalah antara consultant Premium Beautiful yang bertauliah
jadi kepada yang ingin mendapatkan Premium Beautiful corset ni, boleh lah hubungi Fiza dan In Shaa Allah Fiza akan bantu anda untuk dapatkan yang terbaik untuk anda..

012-2278495

Monday, 1 April 2013

FENOMENA SABUN MANDI

Salam all, okey hari ni Fiza nak share pasal satu sabun yang baru Fiza try dan sangat berpuas hati setakat ni...bukan Sabun Popinjay mahupun Sabun Cap Kapak ye... Sabun yang Fiza nak kenal kan ni adalah Marine Essence Beauty Bar 


ha maybe kalau korang google, ada jugak yang bagi jolokan pada sabun ni 'sabun putih ketiak' haha
tapi Fiza taknak la bagi gelaran macam tu, sebab sebenarnya sabun ni kegunaan dan kebaikan die lebih daripada tu.

ada testimoni dari group members sendiri, dia bagitau lepas pakai sabun ni, eczema kurang dan of coz ketiak lebih cerah..haha...bukan encik keti je cerah, amalkan gosok bahagian-bahagian celah badan yang hitam-hitam tu kalau nak hasil yang optimum. Fiza pun dah bagi mak pakai jugak sabun ni, sebab mak memang ada eczema..nanti Fiza update macam mana kesan sabun ni pada mak.

pendapat Fiza sendiri pula lepas guna sabun ni selama seminggu, memang saya sangat tak sabar nak mandi okeh!! haha bukan apa tau, bau sabun ni je dah buat kita rase teruja nak guna..sebab apa tau, bau die sebijik macam bau perfume John Paul Gaultier 


pakai sabun ni memang rasa extra lain, sebab apa tau..biasanya sabun buku biasa lepas mandi kulit agak kering..especially kalau guna sabun jenama X tu..cewah! Fiza kalau pakai sabun jenama X tu, alamatnya kaki ni putih-putih macam bersisik, pastu gatal! tak suka!!! pakai shower cream kurang sikit la tapi still gatal tu ada, sebab kulit Fiza memang jenis kering. Tapi lepas pakai Marine Essence Beauty Bar ni, setakat ni memang belum lagi rase gatal-gatal kat  kaki, kulit tak kering even kalau kita garu kat kulit pun tak ada kesan garis cakaran yg putih tu..

kalau nak tau, Fiza bukan takat guna kat badan, kat muka pun Fiza pakai..hasilnya, lepas cuci muka muka akan nampak lebih cerah. Dan bila apply toner, kotoran kat kapas tu lebih banyak keluar compare kalau pakai pencuci muka biasa..amazing kan??

Sabun Marine Essence Beauty Bar ni diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk bagi manfaat terbaik untuk kulit kita. Antara kandungan untuk membuat sabun ni adalah seperti 

Garam Buluh:
- sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit
- anti bakteria, anti alergi dan anti keradangan

Gilserine:
-Tidak mengeringkan kulit dan merupakan pelembab kulit yang terbaik

Vitamin E:
- Anti oksidan dan anti penuaan
- penyembuhan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan

Minyak Tea Tree:
- anti bakteria dan anti kulat

Aloe Vera: 
-Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah

harga pun tak mahal untuk sekotak sabun Marine Essence Beauty Bar ni cuma RM105 dalam tu ada 3 ketul sabun..seketul boleh tahan 2 bulan. Atau kalau ada nak beli seketul-seketul pun boleh harga cuma RM35 sahaja! kos penghantaran macam biasa RM6. untuk COD kawasan lembah kelang saje ye darlingsss...

so sesiapa nak oder, boleh msg/whatsapp/call Fiza

012-2278495









Tuesday, 26 March 2013

Social Network Revolution

Teringat dulu masa zaman Uni, belajar buat website..punyalah susah nak ingat coding-coding sebab masa zaman tu kami pakai HTML lagi...nak menangis tengok buku tu...dari minat nak buat website terus je sepi lepas tu...pernah bercita-cita nak ada website sendiri tapi bila kenang coding-coding tu rase serabut...

mana tak pening nak igt semua ni kan...
Alhamdulillah sekarang ni tercapai jugak nak ada web sendiri...thanks to google la dalam hal ni...dengan blogger ni senang yang amat nak set up, semua dah sedia, kita pilih je design yang kita suka dan boleh terus start berbloging. sekarang ni semuanya mudah la, sampai kadang-kadang tak keluar rumah pun boleh habis duit..mana taknya cuba tengok berapa banyak pulak online shop kat internet sekarang..google aje la..

cuba kita patah balik dalam 15 tahun yang lepas (kalau siapa sebaya Fiza kita semua form 2 masa tu) zaman tu kite tak tau pun apa sebenarnya internet tu..yang kita tau masa tu ini sahaja


haha sapa yang kenal logo ni?? kalau kenal tu confirm pernah masuk chatroom "kampung"...haha zaman tu semua galak dok letak nickname manje-manje gitu kan...'Bujang Senang' lah 'ayang cun' la kelas kau jah!! Fiza ingat lagi masa ni memang ramai yang addicted dengan IRC chat room ni. (termasuklah diriku...owh!!) maybe ada yang bertemu jodoh dalam ni kan..dulu-dulu kalau nak mula conversation mesti kene ada ayat ni "hai..asl plz" pastu jawab mesti "19/F/KL" yang penting usia tu tak pernah yang betul, sebab masa tu bawah umur lagi..  zaman ni sembang tak nampak muka...tak kenal laki ke perempuan, yang perempuan menyamar jadi lelaki, lelaki pun nak jadi perempuan...kalau kene tipu nasib lah...

Masuk zaman University pulak dah kenal social media networking ni..bermula dengan





dan kalau nak tahu melalui Friendster lah Fiza mengenali seorang jejaka yang kacak lagi segak yang sekarang dah jadi suami Fiza...cewah!! siapa sangka kan...tu la namanya jodoh. walaupun kitorang satu kampus, tp tak pernah nak bertegur kalau terserempak, tp dalam Friendster bukan main sembang..zaman tu sanggup habis masa berjam-jam dalam cyber cafe..buat assignment sejam je, berjam-jam lagi tu dok sibuk surf internet la, tukar gambar profile la (itu saya ye) profile pcture harus kene cun giler la masa tu..walaupun hakikatnya indah khabar dari rupa..haha..kalau tak silap masa zaman Uni dulu pun dah start skype tapi tak sepopular sekarang ye tak? kalau salah tolong betulkan ye...

hujung-hujung zaman Uni kat segamat dulu start pulak Facebook... aduh masa ni macam malas dah nak create account lain dah, sebab Friendster adalah segala-galanya...banyak berjasa Friendster pada Fiza masa tu..so macam taknak berpaling darinya...eheh! :P tapiiiiii lepas tengok member-member boleh buat macam-macam kat FB,share gambar la, tag gambar la, album la, mula lah hati ni tak setia lagi dengan Friendster..pulak tu semua kawan-kawan kat friendster masa tu dah sepi..sume dah berpaling tadah kat FB kan..sampai Friendster dah jadi last season pulak masa tu...dan dari zaman tu bye bye Friendster sampai sekarang FB masih kekal no 1. sapa belum add Fiza, sila ye lapang-lapangkan diri add saya :) klik je batch FB kat tepi tu...




Sekarang ni pulak zaman ini pula.....


ha tipu la kan kalau korang tak tau....kat sini kita boleh share apa-apa gambar...kalau kaki makan, sure la selalu share gambar food, kalau ibu-ibu banyak share gambar anak...teknologi ni sebenarnya secara tak langsung mendekatkan kita dengan kawan-kawan kita walaupun dah lama atau tak pernah bersua muka...contoh bila jumpa kat mana-mana, tak payah introduce nama anak, dorang dah tau pun..perkembangan anak pun orang tau. siapa yang belum follow instagram Fiza sila la ye, jangan malu dan segan...search je "Shafizataufek" pastu klik follow...hehe tipu la kalau korang tak tau kan...


dan yang terbaruuuu.... sekarang ni, kita ada...



Apa sebenarnya KEEK ni? kepada yang belum tau, KEEK ni adalah 'social video' service dimana kita boleh share video-video klip pendek dengan kawan-kawan. lebih kurang macam instagram jugak, tapi instagram just gambar je, KEEK ni pulak utk short video sahaja..




menarik kan???  apa lagi, sign up la pastu follow 'Shafizataufek" ada la 1 video je baru dalam tu...

itu sebahagian dari laman sosial yang popular yang kita tau..banyak lagi sebenarnya laman sosial yang kita boleh manfaatkan sepenuhnya...ni sebagai contoh je




Fiza post topik ni hari ni sebenarnya untuk kita buka mata dan minda kita semua, supaya menggunakan sebaiknya laman-laman social yang berkembang pesat ni. Banyak sangat peluang yang kita boleh sambar melalui social networking ni. contohnya dalam online business, kalau dulu pelanggan kita hanya rakan-rakan dan orang-orang terdekat je, dengan adanya laman sosial ni pelanggan kita bukan saja yang ada dalam Malaysia, tak mustahil ada dari luar negara. 



ini apa yang boleh berlaku sekiranya kita pandai menggunakan social media networking ni

Sebab itu di Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) kami diberi ditekankan dalam biz onlie, dan kami diberi kelas percuma setiap minggu untuk belajar cara menjalankan perniagaan menggunakan social media networking ni sebaik-baiknya. Buktinya pengasas GLAM iaitu Hanis Haizi dan berjaya mengembangkan sayapnya ke Singapura, Dubai dan Brunei. GLAM mempunyai tenaga-tenaga mahir dalam bidang IT, tak hairan lah kalau GLAM merupakan specialist dalam online business ni. So kepada sesiapa yang bercita-cita nak jadi usahawan, tapi tak ada kemahiran, potensi anda akan terserlah di GLAM. korang boleh hubungi Fiza untuk keterangan lanjut and lets become one of the GLAMPRENEUR . 







Saturday, 23 March 2013

GREEN LEADERS GROUP MENGAUM DI LONDON & PARIS

Hello guysss...apa khabar? harap semuanya sihat-sihat belaka.. Fiza baru je balik dari Green Leader Academy Malaysia a.k.a GLAM dan sangat-sangat bersemangat dan teruja dengan kelas hari ni...
yela dah 2 minggu tak dapat suntikan semangat dari mentor-mentor yang dah berjaya..

yang specialnya kelas hari ni, kami disajikan dengan video-video percutian mereka ke London dan Paris dan juga testimonial mereka yang dah qualified. Ya Allah teruja sangat-sangat dengan cerita-cerita mereka. walaupun terkandas dalam bas selama 30 jam nak ke Paris sebab ribut salji, tetapi pengalaman tu yang sangat berharga dan tak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat kan...tapi disebalik peristiwa tu ada hikmah yang menanti dimana percutian mereka dilanjutkan lagi 2 hari dan semua perbelanjaan (pembatalan tiket flight, hotel dan sebagainya) DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh syarikat. yang paling best hanya Green Leaders Group sahaja dapat peluang tu. Jom kita tengok gambar-gambar mereka kat sana

 







memang teruja sangat tengok gambar-gambar ni kan, pulak tu bukan pergi sorang-sorang..siap bawak husband lagi tu..kira nya ni honeymoon jugak la ni..all sponsored okehhh...berdarah mata tengok..hotel pun khabarnya bukan hotel biasa-biasa.. stay dekat Pullman Paris tau..kalau nak tau rate hotel tu USD400++ per night..kali la dengan duit kita..memang dapat beg Coach sebiji...huh!!




last but not least, of coz Glampreneur kalau tak shopping bukan glampreneur namanya...tengok aje la hasil tangkapan mereka kat sana




dan hari ni dekat kelas ini yang kami nampak 



the CDMs with their brand new Classic Flap Chanel! T_T bernanah mataku...

dan saya takkan lepaskan peluang amik aura beg harga belas ribu ini...


okeh okeh..saya tahu saya jakun sikit, tp saya tak mampu nak sembunyikan kejakunan ini...maafkan saya...
bukan apa, buat pembakar semangat untuk berusaha kearah ini...segalanya takkan mustahil bila kita berusaha...apa pun jangan sesekali berputus asa. 

Race Shanghai masih belum tamat, Fiza harus berlari laju lagi lepas ni, anda yang sudi membaca blog ni, bila apa kata kita sama-sama kejar impian kita...tak kira tahap pendidikan kita macam mana sekali pun, bila kita ada impian, kita pasti akan berjaya..yang bagus nya business ni, kita ada mentor yang sentiasa pimpin dan beri tunjuk ajar pada kita. hanya kita yang tentukan sama ada kita ingin sama-sama berjaya atau kita hanya ingin menjadi pemerhati kejayaan orang lain sampai bila-bila...tepuk dada tanya hati..

sampai disini sahaja, sehingga berjumpa lagi... Goodnight darlssss!

xoxo



Wednesday, 13 March 2013

Doa buatmu Perwira

Terganggu betul jiwa dan perasaan ni bila pagi-pagi buka tv, tengok berita gugurnya seorang lagi perwira negara kita di Lahad Datu. Fiza nak ucapkan takziah kepada keluarga perwira negara yang terkorban untuk menjaga keamanan negara.

berat mata kita yang memandang, berat lagi hati ibu dan keluarga yang menanggung. Entah la ye, lepas dah jadi ibu ni, Fiza makin sensitif pulak dengan hati dan perasaan wanita-wanita yang bergelar ibu ni. Tapi apa pun pemergian mereka adalah dalam keadaan yang sangat mulia. InsyaAllah semoga roh mereka ditempatkan bersama para syahid. 

untuk kita yang berada jauh dari Lahad Datu ni, jadikan segala apa yang berlaku ini sebagai satu peringatan agar kita tidak terlalu leka dengan kesenangan yang kita kecapi. 

ini adalah doa yang fiza pinjam dan share dari www.mynewshub.my marilah sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah kepada perwira negara yang terkorban dan marilah kita titipkan juga doa untuk perwira-perwira yang sedang berjuang. 

Semoga negara kita sentiasa dilindungi oleh-NYA dan semoga masalah ini segera berakhir.



Bismillahirrahmanirrahim :
Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.
Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.
Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.
Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Thursday, 14 February 2013

Hussin, Mon dan Jin Pakai Toncit vs Breaking Dawn part 3??

morning..u ollzzz... dah lama akak tak update blog ni kan..busy sikit lately sebab sekarang tgh sibuk siapkan projek Shanghai dengan business partners..yang nak merasa travel free masih sempat lagi ni, contact je Fiza anytime..tapi dalam kesibukkan tu sempat jugak la meluangkan masa dengan family tercinta..


siapa dah tengok cerita Hantu Kak Limah 2? haha cerita ni kalau tengok ramai-ramai dengan family memang best la..tapi kalau tengok sorang-sorang or dengan boyfriend hmmm manis-manis buah je la.. lawak die tak kick macam hantu kak limah balik rumah..maybe sebab takde watak Abi kot...sebab dalam cerita ni Abi dah kawen lari dengan perempuan indonesia..hehe..tapi tu la, bila tengok dengan anak-anak buah ni lain sikit feel nye..gelak kuat pun sebab diorang je...budak-budak kan..

kesayangan Ayra- Adli dan Hani

kitorang conquer 14 seats..

anak-anak buah kesayangan dengan Mak Na nye...

ni la project manager kitorang.. my sister and my brother in law..comel tak??

pasangan pengantin baru..Ayra tinggal kat rumah nenek sebab die selalu takut kalau tv kuat sangat...
sila abaikan wajah kaknam yg pucat lesi takde makeup tu...

dah habis show..

tak sempat nak bergambar sebelum masuk panggung, sebab tukang pegang tiketnye (saya la) sampai lambat...masuk wayang ngam-ngammmmm je cerita start..huh lega! kalau tak kene refund separuh kerugian tu...phewwww!

ha jangan lupa, bulan depan Breaking Dawn part 3 dah nak keluar...tak caya cer tengok poster ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sorry tak boleh kawal emosi...haha

bye!!









Monday, 4 February 2013

today is Monday but its OK :)

Salam semua...dah lama blog ni tak dapat nukilan Fiza kan.. bukan apa sekarang ni musim Ayra tido lambat.. bangun awal.. biasanya Fiza update blog malam atau lepas subuh, tapi lately malam konon-konon nak tidokan anak dulu, alih-alih kite lelap sekali..pagi pulak baru on laptop die pun bangun sekali..memang la tak jadi keje..sekejap je dah masuk bulan February kan..dah masuk minggu baru lagi..teringat masa kerja dulu, hari Isnin lah hari yang paling rase tak sihat...asal isnin je motivasi hilang, tapi apa yang Fiza nampak dalam business ni, hari- hari penuh warna warni, setiap pagi bangun dengan penuh motivasi..kire tiap-tiap pagi azam baru..tak payah nak tunggu tahun baru kan...memang ini yang Fiza impikan sejak dari dulu..byk masa dengan anak dan tak ada bebanan kerja..

SELAMAT BERTUGAS KEPADA YANG BERKERJA!!! jadikan Monday anda penuh warna warni...jangan asik biru je ye...hehe