Thursday 17 January 2013

Little Play Loft

salam, hari ni Fiza nak share tempat Fiza bawak Ayra bersuka ria dekat Johor...memandangkan usia Ayra masih dalam peringkat tak faham apa2 lagi, so nak bawak pergi Legoland or Hello kity town tu macam takde maknanye kan...hehe so hari tu adik ipar Fiza ajak la kami bawak anak-anak kami ke Little Play Loft dekat dengan Jusco Bukit Indah...

sangatlah sesuai untuk baby 6 bulan keatas..yang bestnye bukan anak je yang seronok...mak mak dia pun teruja..Little Play Loft ni macam Kizsport jugak, tp mainan dia tak la sebanyak Kizsport sbb kecik je pun tempat dia..so Fiza share je la gambar-gambar Ayra and Maisarah bersuka ria ye...



 ni dekat ground floor

kalau dapat buat rumah macam ni best ekk...





ok Ayra keep it up...sikit lagi perut nak slim...



 masuk kitchen pulak...bestnye..zaman mami takde macam ni tau..untung awak...


dan yang paling teruja, ball pool ni...



bukan mereka saja yg suke....

ayah dia pun same....hmmmm...yela masa kecik takde benda-benda macam ni kan...bagi la peluang...

so siapa nak dtg sini boleh la refer kat bawah ni...


tapi jangan lupa pakai stokin...

sekali sekala bawak anak pergi tempat macam ni bagus jugak..elok untuk perkembangan fizikal dan minda...yang paling best bila tengok anak happy kan...



Wednesday 16 January 2013

Demonstrasi

Morning ladiesss (and gentleman)  jangan salah tafsir..saya tidak pernah menyertai mana-mana demonstrasi jalanan ke apa ehhh... hehe...actually last week Fiza and Mar conducted a Free Demo for BioZone Food Purifier dekat TM Shah Alam..

Untuk demonstrasi kali ni kami cuba gunakan daging dan ayam untuk di purifikasikan. Dan ini pertama kali Fiza purify daging sebenarnya, sebab dekat rumah memang jarang sangat masak daging. Jadi apakah hasil demonstrasi kami terhadap ayam dan daging tu, kita tengok gambar-gambar ni je la ye...

sebahagian dari staff yang hadir tengok demo...



 for your info, dalam mangkuk besar tu adalah ayam, dan mangkuk kecil tu daging

hasil beberapa minit selepas kami ON Biozone...sila beri perhatian pada daging di mangkuk kecil... baru sekejap je dah melimpah ruah...


kalau selalu kita tengok ayam kan, ni hasil pada daging..lebih hebat dari ayam rupanya, cuma daging tak mengeluarkan bau hanyir macam ayam.

sampai tak muat mangkuk ni nak tampung buih-buih toksin tu..

kat bawah ni hasil dari buih-buih toksin tu yang kami ambil dan bakar. tapi, buih tu tak cair in fact jadi  keras macam getah...


masa ni semua pun macam geli dah nak makan ayam.. Alhamdulillah ramai yang dah buka mata tentang kepentingan produk Biozone Food Purifier ni.. macam mana pentingnya water filter, sama la pentingnya Biozone ni. sebab sekarang ni terlalu banyak bahan chemical yang kita tak nampak dan tahap pencemaran pun makin meningkat kan...jadi dengan adanya Biozone ni setidak-tidaknya kita dah ambil langkah pencegahan yang bijak.

kalau ada yang berminat nak tau atau nak minta kami buat demonstrasi, boleh la contact Fiza dan buat appointment cepat-cepat.


012-2278495


Monday 14 January 2013

Perpisahan abadi...

salam semua...
agak lama tak update blog ni..Fiza masih sedang mengumpul kekuatan setelah kehilangan seorang sahabat sejati..mungkin ada yang pernah baca entry yang lepas mengenai seorang kawan yang sangat istimewa dalam hati Fiza...pemergiannya membawa semangat Fiza bersamanya..terlalu pahit kenyataan yang harus ditelan..tiada lagi teman yang boleh menerima baik dan buruk Fiza, tiada lagi teman yang sentiasa memberi dorongan, tiada lagi pendengar setia, tiada lagi teman menangis bersama, tiada lagi.....

setelah 3 bulan lebih bertarung nyawa, tanggal 8 Januari 2013 Nurul Ainee Mustafa atau yang Fiza panggil Naneex telah pergi menghadap Ilahi dengan tenang sekali disisi suami yang tak pernah jemu menjaganya saban waktu..susah sangat sebenarnya nak menerima kenyataan yang dia dah tak ada...semenjak dia pergi sampai ke hari ni, setiap memori persahabatan kami berputar dalam fikiran ni macam video...terrrrlalu banyak rupanya...persahabatan yang terjalin 12 tahun lamanya, segala suka dan duka kami kongsi sama-sama.

Fiza takkan lupakan setiap gelak tawanya, senyumannya, suaranya, dan yang paling berharga dan paling Fiza tak dapat lupakan adalah lambaian terakhir seorang sahabat sejati seakan tahu kami takkan bertemu lagi..ketika itu, arwah masih di ICU dan keadaannya memang nampak sihat dan ceria berbanding hari-hari sebelumnya..masa tu waktu melawat ICU dah nak habis, Fiza tak dapat nak tunggu lama sebab ramai lagi yang tunggu nak masuk..ingat lagi masa Fiza sampai je dekat cermin bilik tu, muka naneex betul-betul ceria sambil melambai tangan pada Fiza..Allah je tahu betapa nak nye Fiza peluk dia masa tu..lega sangat tengok keadaan dia masa tu...

Tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya...kini hanya gambar-gambar arwah yang menjadi peneman. setiap hari Fiza akan tengok dan bayangkan gelak tawanya. 

melihat jenazahnya buat hati kita rasa tenang setenang air mukanya...semoga dia ditempatkan bersama ahli syurga..Arwah Naneex meninggalkan dua orang permata yang sangat menawan hati sesiapa je yang memandang..Aqeef dan Zahra..


gambar diambil dari facebook kakak arwah

Walaupun tak sempat merasa kasih sayang sebenar seorang ibu, tapi mereka bertuah sebab terlalu ramai orang yang akan menyayangi mereka, apatah lagi muka mereka saling tak tumpah macam arwah...setiap kali memandang Aqeef, terasa melihat Naneex dalamnya..terlalu besar kuasa Allah..dan masa Fiza pegang Zahra, terasa terlalu dekat dengan dia...teringat janji kami masa arwah mengandungkan aqeef...anak-anak Naneex akan panggil Fiza Mummy dan anak-anak Fiza akan panggil dia Mama...dan kami masing-masing membayangkan persahabatan kami bila kami tua nanti...

tak pernah terlintas dalam fikiran kami akan terpisah seawal ini...sekuat mana kasih dan sayang kami pada arwah Naneex, lebih sayang Allah padanya...insyaAllah dia lebih tenang dan bahagia disana dari hidup di dunia ini...

Nurul Ainee Mustafa
27 November 1984 - 8 Januari 2013
Al-Fatihah
Naneex,
terlalu pahit perpisahan ini...
terlalu banyak impian persahabatan kita yang belum tercapai...
terlalu sayangnya aku pada kau...
semoga kau tenang disana sahabatku...
persahabatan kita takkan terputus disini...
semoga kita dipertemukan disana nanti...
kau akan sentiasa diingatan dan sentiasa hidup dalam hatiku...
sesungguhnya tiada sesiapa dapat menggantikan tempatmu dalam hati ku..
kau sahabatku yang paling istimewa..
terima kasih kerana meninggalkan kenangan-kenangan manis dalam hidupku yang tak mungkin dapat  kulupakan sepanjang hidupku...
damailah engkau disana disisi Pencipta yang Maha penyayang...
Selamat Jalan sahabatku...
Al-Fatihah..





Monday 7 January 2013

i've made it!

cewah..tajuk macam dapat ape je kan...
tapi sebenarnya sangat happy la dikala ini sebab guess jeans yang kubeli pertengahan tahun lepas semakin longgar walaupun lepas cuci..haha..

sebenarnya kalau korang nak tau, dulu sebelum pakai Premium Beautiful, Fiza memang tak pernah la nak merasa pakai jeans yang skinny ni..jeans pun susah nak cari, kalau levis dulu kene mintak saiz women yang paling besar...masa belajar dulu pakai boys cutting..sedih kan...paling sedih masa JPO baru-baru bukak dulu, terujaaa masuk kedai GUESS kononnye nak beli jeans la sbb kat sana murah sikit...tapi semua HAMPA!! sedih gile kot masa tu...sejak dari tu memang tak sudi dah nak masuk mana2 butik GUESS.

ni seluar GAP saiz 30 dah suke seluar ni, tapi dah longgar sangat.

tapi lepas beberapa bulan pakai PB, terasa Levis saiz 31 yang biasa Fiza pakai tu longgar sangat...tp taknak perasan awal2..tunggu lagi perubahan demi perubahan..seluar GAP saiz 30 pun xboleh pakai dah sebab longgar...dalam 6 bulan lepas consistent pakai PB,saje la try masuk GUESS kat KLCC, pastu nak cuba venice skinny jeans, mintak saiz paling besar skali sebab Guess punya cutting semua kecik-kecik kan...ayat pertama yang sales person tu ckp "akak u try pakai 28 la, 30 besar la untuk u..." WAHHH!!!!! akak dah terangkat dah masa tu..rase mcm nak senyum kat lebar kat adik chinese tu..tp taknak over confident muka menten "takpe la, u bagi i try dulu.." beberapa saat kemudian dalam fitting room...memang longgar pun saiz 30 tuu!!! kat situ jugak melompat kegembiraan..hahah..baru confident sikit mintak adik tu saiz 29 and 28... apa lagiii..terus cuba 28 dulu..hmmm memang boleh masuk ngam ngam..tapi akak malu pula nak pakai ketat2...so amik la 29...memang selesa dan sangat confident..balik dengan muka yang blushing sorang-sorang sebab perasan.. :)

ni guess jeans saiz 29. tunggu update saiz 28 pulak la..eheh

sekarang ni jeans tu dah makin longgar plak...apakah dah boleh pakai 28 barangkali?? haha..rileks dulu jangan nak confident tak tentu pasal okehh...

Friday 4 January 2013

FREE TRIP!

Morning semua
GOOD NEWS!
sebagai pembukaan 2013 ni, syarikat dah umumkan pakej percutian percuma ke SHANGHAI!!


so sesiapa yang belum pernah merasa terbang dan melancong ke luar negara, ini lah masanya untuk anda merasa peluang itu dengan semua kos perbelanjaan ditanggung SEPENUHNYA oleh syarikat!
maknanya TAK PERLU risaukan tiket flight, duit hotel dan makan.
kita hanya perlu qualify je.
Awesome kan??? 



 just siapkan diri, baju cantik untuk dinner, dan paling penting DUIT UNTUK SHOPPING!!!!


lets have fun together in SHANGHAI with GREEN LEADERS GROUP!!!




What are you waiting for??? Book your FOC trip now!!! 

CALL ME
012-2278495




Thursday 3 January 2013

Jangan Takut untuk Bertindak

macam tak percaya........
dulu Fiza memang tak minat langsung bidang sales and marketing..dan Fiza tau, ramai lagi orang Melayu yang tidak berminat untuk menceburi bidang ini kerana selesa dengan gaji yang diterima setiap bulan.
tapi lepas apa yang Fiza buat sekarang ni memang jelas Fiza nampak dengan bidang ini lah 
impian dan matlamat kita akan lebih jelas dan cepat tercapai .

sekarang Fiza sangat enjoy dengan apa yang Fiza buat, sebab Fiza ada sumber pendapatan dan masa kerja yang fleksible, disamping mentor-mentor yang sangat hebat.




dan semestinya kumpulan yang memang sangat hebat iaitu Green Leaders Group


dalam business, terutama orang yang tak ada pendedahan dan tak tahu langsung selok belok business, kita perlu ada bimbingan. Dan semestinya untuk mendapatkan bimbingan yang baik, kita perlu memilih mentor dan kumpulan yang hebat.

InsyaAllah Fiza takkan menoleh kebelakang lagi kerana 9 dari 10 rezeki itu berpunca dari berniaga. dan Fiza nak ajak lebih ramai orang Melayu khususnya kaum wanita untuk sama-sama memajukan diri dalam bidang ini. sebab kita tak tahu potensi diri kita selagi kita tak buat apa-apa. Alhamdulillah Fiza dah jumpa sedikit demi sedikit potensi dalam diri, tinggal nak gilap je lagi supaya jadi bersinar macam mereka.

kita tak perlukan suami yang kaya raya untuk kita hidup selesa, tindakan kita yang sebenarnya menentukan masa depan kita..


call me and be part of this amazing group
012-2278495


Wednesday 2 January 2013

Green Leaders Activity Day with Tiar Zainal

First of all, thanks to GLAM founder, Hanis Haizi sebab berjaya menganjurkan make up class untuk anak-anak didik beliau

bertempat di Green Leader Academy Malaysia (GLAM) program ini julung kali diadakan khusus untuk memberi ilmu kepada kami tentang cara- cara make up yang sesuai untuk kami yang selalu berjumpa clients ni...1st impression tu penting kan, kalau kita jumpa clients muka pucat lesi, orang pun takut nak dekat kan..

untung berada bawah Green Leaders Group ni, bukan selok belok business je yang ditekankan, sampai penampilan diri pun dijaga...memang kebanyakkan yang Fiza tengok, bila start je business ni, penampilan pun totally transform..

so untuk kelas yang pertama ni, Hanis menjemput professional Make Up Artist iaitu 


siapa yang tak kenal kan...antara artis yang pernah berkerjasama dengan tiar ni termasuklah Sari Yanti, Rita Rudaini, dan ramai lagi la...

apa yang Fiza boleh conclude kat sini, kelas Tiar memang TERBAIKKK!! Best sangat sebab banyak tips yang beliau share yang memang kita takkan dapat dekat mana-mana..Tiar memang tak kedekut langsung kalau kita tanya apa-apa.

taknak cerita panjang, tengok je la gambar-gambar yang Fiza nak share ni okeh...






dan ni hasil solekan siang pada wajah Hanis lepas di-make over oleh Tiar..


dan ini untuk make up malam...


Fiza suka style Tiar ni sebab cara make up beliau tak mengubah wajah asal kita..
dan make up dia very natural, tapi cantikk!
punya lah teruja ambil gambar, sampai gambar sendiri lupa nak snap..haha
sebenarnya malu, sebab hari tu pergi kelas tanpa secalit makeup pun...


Our mentor with Tiar Zainal..special thanks to Hanis Haizi sebab anjurkan kelas macam ni, dan InsyaAllah lepas ni akan banyak lagi program-program macam ni yang akan dianjurkan...can't wait! :)





Kringggg!!!!!!


kepada adik-adik, anak-anak saudara, guru-guru dan sesiapa yang masih bersekolah....
Selamat kembali ke sekolah!!!

teringat masa zaman sekolah dulu, hari pertama persekolahan adalah hari paling best sekali sebab masa ni la nak rasmikan semua barang baru.. lagi-lagi kalau tahun ni serba serbi baru..kasut baru, beg baru...husyyy macam aku la paling vogue kat sekolah masa tu...haha..masuk seminggu sekolah semua dah mcm belacan...opppsss tapi tu masa sekolah rendah je ok..sekolah menengah dah pandai melawa...walaupun kadang-kadang sos keropok lekor tertumpah kene baju, tapi maintain muka legend 

kepada adik-adik yang masih bersekolah dan masih belajar, sesungguhnya masih jauhhhh lagi perjalanan hidup, bekalkan diri dengan ilmu yang cukup dulu...jangan buang masa cari cinta sebab jodoh kita Allah dah tetapkan, tugas kita sekarang fokus pada pelajaran dan fokus untuk balas jasa ibu dan ayah dulu ok...