Assalammualaikum,
Entri khas ni adalah untuk memperingati pemergian insan yang paling Fiza kasihi..
Tanggal 12 Jun 2012, genap enam tahun abah pergi meninggalkan kami semua. walaupun telah enam tahun berlalu, tapi terasa macam baru je semalam arwah disemadikan.
memang pada mulanya susah nak terima kenyataan yg kita takkan dapat lagi tatap wajah orang yg kita kasihi, takkan dapat dengar lagi suara dan senda guraunya, takkan dapat salam tangannya dan takkan dapat cium pipinya lagi. Tapi Fiza tetap bersyukur sebab arwah abah sempat merasa gaji pertama Fiza. Walau pun masa tu tak banyak dapat bagi, tapi bila pandang wajah abah masa terima duit tu susah nak gambarkan, walaupun abah cakap "tak payah bagi" tp sebenarnya fiza tau, jauh disudut hati die sbenarnya die bangga..smpai Fiza menangis lepas dapat bagi duit tu, bukan menangis sbb apa, sbb rase puas sangat dapat bagi die merasa duit hasil titik peluh kita sendiri..rasa dah dapat balas jasa abah. walaupun sebenarnya jasa org tua kita mmg sampai mati pun kita tak terbalas.
sebagai anak bongsu, mmg tidak dinafikan Fiza sangat manja dengan arwah abah..sampai darjah 6 pun masih tidur bawah ketiak lagi..kami selalu kemana mana berdua..abahlah guru vokal Fiza, abahlah cikgu memandu Fiza merangkap driver Fiza, abahlah kawan bergaduh, abah lah segala2nya..banyak sangat kenangan bersamanya dulu..kenangan paling manis yg tak dapat fiza nak lupakan, masa Fiza form 3, balik sekolah je, ikut abah jemput anak buah dekat tadika dekat Taman Koperasi Polis. Sampai je kat kawasan taman perumahan tu, abah akan beri sepenuh kepercayaan pd Fiza utk bawak kereta sampai ke tadika..bayangkan form 3 dah boleh bawak kereta..
Arwah abah memang seorang ayah yang sporting dan baik, jangan kata naik tangan, jentik pun tak pernah. Tapi kalau sekali die tinggi suara memang boleh terkencing dalam seluar..haha (saya la tu).
salah satu gambar kenangan bersama arwah. |
Untuk pengetahuan korang semua, abah Fiza dulu penyanyi. Dia popular zaman-zaman 60-an mcm tu la. mungkin kalau korang tanya abah korang or pakcik2 korang yg dah 50 tahun ke atas kenal la kot nama Taufek Haji Ali ni. Antara lagu2 yang top dulu adalah lagu Mabok Kepayang, lagu Kenang Daku Dalam Doamu (tapi lagu ni dinyayikan semula oleh Tan Sri SM Salim), lagu Kewahipan dan ada la beberapa lagi. Lepas dah tak aktif menyanyi, arwah abah bukak company buat alih suara drama2 Jepun. Antaranya drama Oshin, Doraemon, Tomato Man,dan banyak lagi la. Ha, kalau nak tau, suara atuk Oshin (dalam drama Oshin) yg orang selalu ajuk2 kalau alih suara tu, suara abah saya la tu!
Yang kat bawah ni antara album yang pernah dihasilkan.
yang paling hensem atas kiri tu la abah saya ;) |
Beberapa bulan sebelum arwah meninggal, TV3 buat program 'Bersamamu' bersama artis veteran. tujuannye nak mengenang balik penyanyi2 dan artis artis veteran yang dah lama menyepi, supaya generasi muda sekarang kenal dengan artis-artis lama. Dalam program tu, sempat la pihak TV3 menemukan arwah abah dengan sahabat baik die yg dah lama tak jumpa iaitu Tan Sri SM Salim, dimana arwah pernah cakap hasrat die tu pada Fiza dulu..Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat dia tu..masa hari arwah abah meninggal, Tan Sri SM Salim pun datang ziarah jenazah dalam keadaan die yang juga uzur masa tu.
gambar ni dapat hasil carian google dari seorang peminat arwah |
Arwah abah meninggal sbb lelah teruk, dan paru-paru die pun dah tak boleh berfungsi dengan baik. Tapi Fiza sangat bersyukur sbb diberi kesempatan untuk jaga arwah di hospital selama seminggu. Puas juga sbb dapat berbakti pada dia diakhir akhir hayatnya. Cuma terkilan sedikit, sbb masa malam die nak pergi, Fiza beriya-iya tak nak bermalam di hospital malam tu, mungkin takde rezeki nak menatap pemergian dia. Hanya mak sorang je yang dapat tatap die pergi..Abah menghembuskan nafas terakhir pada 12 September 2006, sekitar jam 3 pagi di Hospital Selayang. Alhamdulillah arwah abah pergi dengan tenang.
Sesungguhnya walaupun abah dah tiada di mata, tapi dalam hati Fiza die masih lagi hidup dan takkan mati buat selamanya. Kasih sayang abah, senda gurau dan gelak tawanya tak pernah luput dari ingatan. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga Allah pertemukan kita di syurga.
Kenang Daku Dalam Doamu
Sungguh jauh dikau pergi...
Berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda
Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak berdaya
Sudahlah memang nasib ku dik
Demikian rupa
Ku berdoa agar dikau hidup bahgia
Jangan Bimbang padaku nan berduka
Tapi dik kau jangan lupa
Kenang daku dalam doamu
Itu yang ku pinta dari dulu
waktu bertemu...
Taufek Haji Ali
19 Januari 1936 - 12 September 2006
~Al- Fatihah~
al-fatihah utk arwah..sedey zura bc entry fiza kali ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAlfatihah buat Allahyarham Taufek Hj Ali
ReplyDelete0122356958 Muslihin
ReplyDelete