Friday 10 May 2013

Fiza at Jovian Mandagie Boutique

Siapa tak kenal kan  dengan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.. rekaan beliau memang punyai kelas tersendiri. Terutama dalam rekaan pakaian pengantin

Rabu lepas Fiza berpeluang hadir ke majlis hi-tea di Butik Jovian yang diadakan khas untuk Green Leaders Group. Ini lah untungnya buat business dengan GLAM..macam-macam event yang kita dapat join.

 

sampai tutup kedai satu hari tau..thanks Jovian

Event ni bersempena dengan pelancaran produk baru dari Jovian iaitu JHijab..


langkah je masuk kedalam butik Jovian Mandagie, memang terpesona tengok koleksi rekaan pereka terkenal ni...memang sangat creative dan citarasa memang kelas! tak hairanlah kalau rekaan Jovian ni jadi kegilaan celebrities kat Malaysia ni.




ni antara koleksi yang di pamerkan di butik Jovian..baru sikit ni...

minum dan lepak-lepak sambil tunggu turn untuk ambil ukuran baju raya..

Jovian tolong tunjukkan sendiri macam mana nak gayakan JHijab ni..

Fiza tak lepaskan peluang ni untuk 'sambar' jugak selendang halfmoon JHijab..dapat pulak harga pengenalan orang cakap kan..cuma belum terer nak gayakan..masih dalam tempoh percubaan lagi.. dah terer nanti confirm buat collection macam selendang Ariani and Amra.

with our business mogul Hanis Haizi 

and also my mentor cum best friend Marlinda Ramlee

so inilah yang Fiza berjaya sambar hari tu..banyak yang habis stok...





Nampaknya hari tu memang Jovian tak operate business pun tak terjejas, sebab GLAM members je dah borong sakan kat sana...Apa pun thanks to Hanis jugak sebab anjurkan program ni, kalau tak memang tak tau la bila nak jejak kaki ke situ..hehe..









Monday 6 May 2013

Malaysia Sudah Memilih..

Salam semua...mungkin hari ni ada yang sedang bercuti peristiwa atau cuti sendiri atau cuti sakit kan...yang penting KL tak cuti ye...ramai sangat yang update kat FB semalam, bukan nak tengok keputusan tp tunggu pengumuman cuti..heheh.. semalam kita dah pun tau keputusan PRU13.. apa pun keputusannya, diharap pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat dapat memimpin negara dengan adil dan saksama..Jadikan isu-isu yang dibangkitkan oleh kami sebagai rakyat sebagai pemangkin kearah kerajaan yang lebih bertanggungjawab, adil dan saksama...

Buat kali ke-2 tahun ini Fiza mengundi di Sek Keb Gombak Utara..Alhamdulillah suasana pusat undian di Gombak sangat tenang dan meriah..tak kira apa jua ideology politik.




sementara menunggu giliran..nasib baik saluran 4 pendek je...

walau Fiza dah pernah mengundi sebelum ni, tapi rasa berdebar bila nak masuk bilik undi tu..sampai nak hulur jari pun menggeletar..hehe ntah apa-apa..

tapi lepas siap pangkah..rasa lega dan seronok...

ini adalah jari kami 4 beradik + jari bonda
bukti kami semua telah mengundi...tapi yang kecik baju putih tu action  je lebih

keputusan rasmi PRU13

walau apa jua pandangan atau ideologi politik kita, terima keputusan ini dengan terbuka. Fiza sentiasa doakan Malaysia sentiasa aman dan sebagai rakyat, Fiza harap kerajaan yang menang akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan saksama.. Buktikan kepada rakyat, menifesto dan janji-janji dikotakan, tunjukkan kami kemajuan ekonomi negara hentikan kontroversi dan provokasi...sekian...Selamat bercuti kepada pekerja-pekerja di negeri Selangor...







Thursday 2 May 2013

Dream Comes True...Alhamdulillah...


Alhamdulillah..hujung bulan April hari tu, kami sekeluarga telah officially mempunyai rumah sendiri di Johor Bahru. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata bila pegang kunci rumah sendiri..macam tak percaya pun ada... syukur kehadrat Allah kerana murahkan rezeki suami untuk dapatkan rumah ni. 

so sekarang ni Fiza pulak yang over excited..tiap-tiap pagi sure google pasal home decoration. lepas tu mula la berangan nak buat macam-macam..walaupun belum ada perancangan serius nak pindah duduk sana..tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki kami ada di Johor, maka jadi penduduk tetap Johor la saya...

Buat masa sekarang ni, perancangannya hujung minggu je la kitorang balik sana, dan kalau family sebelah Fiza nak berjalan ke Johor tak payah nak sewa hotel lagi... 


Dengan rasminya membuka pintu rumah..
tadaaaa!!!! ini lah dia mahligai kami...
pintu masuk utama

Ruang tamu

kitchen 




ruang atas

Master bedroom

itulah saja gambar-gambar yang dapat Fiza share buat masa ni...In Shaa Allah bila barang dah penuh nanti Fiza update lagi...kepada yang pakar menghias rumah tu, pendapat anda amat dialu-alukan..sebab Fiza memang takde bakat hias menghias ni, just share your opinion dalam comment box tu ye...


















Wednesday 1 May 2013

Debaran Mei...Are u Ready Malaysia???




Finally!!! bulan yang kita nanti-nantikan sudah tiba...lebih kurang 4 Hari saja lagi, kita akan menjalankan tanggungjawab paling penting kepada negara..5 Mei ini jom sama-sama kita jalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia..Pilihan ditangan kita, pilih pemimpin yang bertanggungjawab dan yang most important, pastikan negara kita akan kekal makmur sampai bila- bila.

bagi diri Fiza sendiri, Pilihanraya Umum ke-13 ni merupakan kali ke-2 Fiza mengundi. First time dulu masa masih muda remaja, sekadar mengikut sahaja, berbeza sekali dengan tahun ini, dimana pemikiran sekarang lebih matang dan pilihan kita akan menentukan masa depan negara dan anak-anak. Dan semestinya Fiza sangat tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara. Undi kita adalah suara kita, jadi tak kira apa jua fahaman politik, fikir sebaik-baiknya dan pilih pemimpin yang adil dan berkaliber. Jangan takut untuk memilih kerana semestinya UNDI ANDA ADALAH RAHSIA........


JOM PERGI MENGUNDI!!!!!!

p/s:siapa-siapa yang baca post ni, jom luangkan sedikit masa untuk share pengalaman pertama anda mengundi..





Premium Beautiful Specialist

Bila sebut je brand Premium Beautiful dah pasti ramai yang dah tahu dan memang ramai sangat yang dah pakai dan tak kurang juga yang PERNAH pakai suatu ketika dahulu. Bagi yang dah lama pakai tu pasti dah tahu kebaikan yang ada pada miracle corset ni kan..Alhamdulillah sejak Fiza pakai selama setahun setengah ni dah banyak sangat perubahan yang Fiza rasa..dan Alhamdulillah sejak ceburkan diri dalam Premium Beautiful Business ni, permintaan tak pernah surut. 

tapi lately Fiza banyak dapat complaint dari pengguna-pengguna Premium Beautiful (bukan beli dari Fiza) ada yang saiz girdle jadi terlalu longgar, fabric Premium Beautiful jadi berbulu, salah informasi berkaitan dengan "lifetime warranty" pun ada..bila Fiza tanya balik dari segi penjagaan,cara pakai yang diterangkan oleh agent asal mereka, memang banyak yang salah maklumat. Bukan lah nak kata Fiza ni pakar tentang Premium Beautiful ni, tapi Alhamdulillah kami di Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) telah dilatih oleh Specialist Premium Beautiful dari HQ sendiri. Jadi kami telah diberi penerangan secara terperinci tentang Premium Beautiful corset, apa itu FIR, apa element atau bahan yang terkandung dalam Premium Beautiful ni, cara ukur yang tepat, serta tak cara penjagaan dan TEKNIK PENGALIHAN LEMAK YANG BETUL.

adalah amat penting sebenarnya untuk anda tahu cara pakai dan cara pengalihan lemak yang betul untuk dapatkan hasil yang optimum. Jika tersalah cara pakai, anda mungkin akan merosakkan corset anda dan bentuk badan yang anda idamkan memang susah nak dapat.

jadi dekat sini Fiza nak tekankan, untuk sesiapa yang ingin mendapatkan Premium Beautiful corset, sila pilih agent atau consultant yang telah dilatih agar pelaburan anda tidak sia-sia



penerangan terperinci tentang teknologi Premium Beautiful

Penerangan satu persatu bahagian dalam Premium Beautiful 

Kami diberi penerangan tentang Far Infrared Rays (FIR) ternyata bukan cakap kosong

Teknik ukuran yang tepat penting untuk mendapatkan keselesaan  dan kesan yang optimum

Kami adalah antara consultant Premium Beautiful yang bertauliah
jadi kepada yang ingin mendapatkan Premium Beautiful corset ni, boleh lah hubungi Fiza dan In Shaa Allah Fiza akan bantu anda untuk dapatkan yang terbaik untuk anda..

012-2278495