Showing posts with label GLAM. Show all posts
Showing posts with label GLAM. Show all posts

Friday, 10 May 2013

Fiza at Jovian Mandagie Boutique

Siapa tak kenal kan  dengan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.. rekaan beliau memang punyai kelas tersendiri. Terutama dalam rekaan pakaian pengantin

Rabu lepas Fiza berpeluang hadir ke majlis hi-tea di Butik Jovian yang diadakan khas untuk Green Leaders Group. Ini lah untungnya buat business dengan GLAM..macam-macam event yang kita dapat join.

 

sampai tutup kedai satu hari tau..thanks Jovian

Event ni bersempena dengan pelancaran produk baru dari Jovian iaitu JHijab..


langkah je masuk kedalam butik Jovian Mandagie, memang terpesona tengok koleksi rekaan pereka terkenal ni...memang sangat creative dan citarasa memang kelas! tak hairanlah kalau rekaan Jovian ni jadi kegilaan celebrities kat Malaysia ni.




ni antara koleksi yang di pamerkan di butik Jovian..baru sikit ni...

minum dan lepak-lepak sambil tunggu turn untuk ambil ukuran baju raya..

Jovian tolong tunjukkan sendiri macam mana nak gayakan JHijab ni..

Fiza tak lepaskan peluang ni untuk 'sambar' jugak selendang halfmoon JHijab..dapat pulak harga pengenalan orang cakap kan..cuma belum terer nak gayakan..masih dalam tempoh percubaan lagi.. dah terer nanti confirm buat collection macam selendang Ariani and Amra.

with our business mogul Hanis Haizi 

and also my mentor cum best friend Marlinda Ramlee

so inilah yang Fiza berjaya sambar hari tu..banyak yang habis stok...





Nampaknya hari tu memang Jovian tak operate business pun tak terjejas, sebab GLAM members je dah borong sakan kat sana...Apa pun thanks to Hanis jugak sebab anjurkan program ni, kalau tak memang tak tau la bila nak jejak kaki ke situ..hehe..









Wednesday, 1 May 2013

Premium Beautiful Specialist

Bila sebut je brand Premium Beautiful dah pasti ramai yang dah tahu dan memang ramai sangat yang dah pakai dan tak kurang juga yang PERNAH pakai suatu ketika dahulu. Bagi yang dah lama pakai tu pasti dah tahu kebaikan yang ada pada miracle corset ni kan..Alhamdulillah sejak Fiza pakai selama setahun setengah ni dah banyak sangat perubahan yang Fiza rasa..dan Alhamdulillah sejak ceburkan diri dalam Premium Beautiful Business ni, permintaan tak pernah surut. 

tapi lately Fiza banyak dapat complaint dari pengguna-pengguna Premium Beautiful (bukan beli dari Fiza) ada yang saiz girdle jadi terlalu longgar, fabric Premium Beautiful jadi berbulu, salah informasi berkaitan dengan "lifetime warranty" pun ada..bila Fiza tanya balik dari segi penjagaan,cara pakai yang diterangkan oleh agent asal mereka, memang banyak yang salah maklumat. Bukan lah nak kata Fiza ni pakar tentang Premium Beautiful ni, tapi Alhamdulillah kami di Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) telah dilatih oleh Specialist Premium Beautiful dari HQ sendiri. Jadi kami telah diberi penerangan secara terperinci tentang Premium Beautiful corset, apa itu FIR, apa element atau bahan yang terkandung dalam Premium Beautiful ni, cara ukur yang tepat, serta tak cara penjagaan dan TEKNIK PENGALIHAN LEMAK YANG BETUL.

adalah amat penting sebenarnya untuk anda tahu cara pakai dan cara pengalihan lemak yang betul untuk dapatkan hasil yang optimum. Jika tersalah cara pakai, anda mungkin akan merosakkan corset anda dan bentuk badan yang anda idamkan memang susah nak dapat.

jadi dekat sini Fiza nak tekankan, untuk sesiapa yang ingin mendapatkan Premium Beautiful corset, sila pilih agent atau consultant yang telah dilatih agar pelaburan anda tidak sia-sia



penerangan terperinci tentang teknologi Premium Beautiful

Penerangan satu persatu bahagian dalam Premium Beautiful 

Kami diberi penerangan tentang Far Infrared Rays (FIR) ternyata bukan cakap kosong

Teknik ukuran yang tepat penting untuk mendapatkan keselesaan  dan kesan yang optimum

Kami adalah antara consultant Premium Beautiful yang bertauliah
jadi kepada yang ingin mendapatkan Premium Beautiful corset ni, boleh lah hubungi Fiza dan In Shaa Allah Fiza akan bantu anda untuk dapatkan yang terbaik untuk anda..

012-2278495

Tuesday, 26 March 2013

Social Network Revolution

Teringat dulu masa zaman Uni, belajar buat website..punyalah susah nak ingat coding-coding sebab masa zaman tu kami pakai HTML lagi...nak menangis tengok buku tu...dari minat nak buat website terus je sepi lepas tu...pernah bercita-cita nak ada website sendiri tapi bila kenang coding-coding tu rase serabut...

mana tak pening nak igt semua ni kan...
Alhamdulillah sekarang ni tercapai jugak nak ada web sendiri...thanks to google la dalam hal ni...dengan blogger ni senang yang amat nak set up, semua dah sedia, kita pilih je design yang kita suka dan boleh terus start berbloging. sekarang ni semuanya mudah la, sampai kadang-kadang tak keluar rumah pun boleh habis duit..mana taknya cuba tengok berapa banyak pulak online shop kat internet sekarang..google aje la..

cuba kita patah balik dalam 15 tahun yang lepas (kalau siapa sebaya Fiza kita semua form 2 masa tu) zaman tu kite tak tau pun apa sebenarnya internet tu..yang kita tau masa tu ini sahaja


haha sapa yang kenal logo ni?? kalau kenal tu confirm pernah masuk chatroom "kampung"...haha zaman tu semua galak dok letak nickname manje-manje gitu kan...'Bujang Senang' lah 'ayang cun' la kelas kau jah!! Fiza ingat lagi masa ni memang ramai yang addicted dengan IRC chat room ni. (termasuklah diriku...owh!!) maybe ada yang bertemu jodoh dalam ni kan..dulu-dulu kalau nak mula conversation mesti kene ada ayat ni "hai..asl plz" pastu jawab mesti "19/F/KL" yang penting usia tu tak pernah yang betul, sebab masa tu bawah umur lagi..  zaman ni sembang tak nampak muka...tak kenal laki ke perempuan, yang perempuan menyamar jadi lelaki, lelaki pun nak jadi perempuan...kalau kene tipu nasib lah...

Masuk zaman University pulak dah kenal social media networking ni..bermula dengan





dan kalau nak tahu melalui Friendster lah Fiza mengenali seorang jejaka yang kacak lagi segak yang sekarang dah jadi suami Fiza...cewah!! siapa sangka kan...tu la namanya jodoh. walaupun kitorang satu kampus, tp tak pernah nak bertegur kalau terserempak, tp dalam Friendster bukan main sembang..zaman tu sanggup habis masa berjam-jam dalam cyber cafe..buat assignment sejam je, berjam-jam lagi tu dok sibuk surf internet la, tukar gambar profile la (itu saya ye) profile pcture harus kene cun giler la masa tu..walaupun hakikatnya indah khabar dari rupa..haha..kalau tak silap masa zaman Uni dulu pun dah start skype tapi tak sepopular sekarang ye tak? kalau salah tolong betulkan ye...

hujung-hujung zaman Uni kat segamat dulu start pulak Facebook... aduh masa ni macam malas dah nak create account lain dah, sebab Friendster adalah segala-galanya...banyak berjasa Friendster pada Fiza masa tu..so macam taknak berpaling darinya...eheh! :P tapiiiiii lepas tengok member-member boleh buat macam-macam kat FB,share gambar la, tag gambar la, album la, mula lah hati ni tak setia lagi dengan Friendster..pulak tu semua kawan-kawan kat friendster masa tu dah sepi..sume dah berpaling tadah kat FB kan..sampai Friendster dah jadi last season pulak masa tu...dan dari zaman tu bye bye Friendster sampai sekarang FB masih kekal no 1. sapa belum add Fiza, sila ye lapang-lapangkan diri add saya :) klik je batch FB kat tepi tu...




Sekarang ni pulak zaman ini pula.....


ha tipu la kan kalau korang tak tau....kat sini kita boleh share apa-apa gambar...kalau kaki makan, sure la selalu share gambar food, kalau ibu-ibu banyak share gambar anak...teknologi ni sebenarnya secara tak langsung mendekatkan kita dengan kawan-kawan kita walaupun dah lama atau tak pernah bersua muka...contoh bila jumpa kat mana-mana, tak payah introduce nama anak, dorang dah tau pun..perkembangan anak pun orang tau. siapa yang belum follow instagram Fiza sila la ye, jangan malu dan segan...search je "Shafizataufek" pastu klik follow...hehe tipu la kalau korang tak tau kan...


dan yang terbaruuuu.... sekarang ni, kita ada...



Apa sebenarnya KEEK ni? kepada yang belum tau, KEEK ni adalah 'social video' service dimana kita boleh share video-video klip pendek dengan kawan-kawan. lebih kurang macam instagram jugak, tapi instagram just gambar je, KEEK ni pulak utk short video sahaja..




menarik kan???  apa lagi, sign up la pastu follow 'Shafizataufek" ada la 1 video je baru dalam tu...

itu sebahagian dari laman sosial yang popular yang kita tau..banyak lagi sebenarnya laman sosial yang kita boleh manfaatkan sepenuhnya...ni sebagai contoh je




Fiza post topik ni hari ni sebenarnya untuk kita buka mata dan minda kita semua, supaya menggunakan sebaiknya laman-laman social yang berkembang pesat ni. Banyak sangat peluang yang kita boleh sambar melalui social networking ni. contohnya dalam online business, kalau dulu pelanggan kita hanya rakan-rakan dan orang-orang terdekat je, dengan adanya laman sosial ni pelanggan kita bukan saja yang ada dalam Malaysia, tak mustahil ada dari luar negara. 



ini apa yang boleh berlaku sekiranya kita pandai menggunakan social media networking ni

Sebab itu di Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) kami diberi ditekankan dalam biz onlie, dan kami diberi kelas percuma setiap minggu untuk belajar cara menjalankan perniagaan menggunakan social media networking ni sebaik-baiknya. Buktinya pengasas GLAM iaitu Hanis Haizi dan berjaya mengembangkan sayapnya ke Singapura, Dubai dan Brunei. GLAM mempunyai tenaga-tenaga mahir dalam bidang IT, tak hairan lah kalau GLAM merupakan specialist dalam online business ni. So kepada sesiapa yang bercita-cita nak jadi usahawan, tapi tak ada kemahiran, potensi anda akan terserlah di GLAM. korang boleh hubungi Fiza untuk keterangan lanjut and lets become one of the GLAMPRENEUR . 







Saturday, 23 March 2013

GREEN LEADERS GROUP MENGAUM DI LONDON & PARIS

Hello guysss...apa khabar? harap semuanya sihat-sihat belaka.. Fiza baru je balik dari Green Leader Academy Malaysia a.k.a GLAM dan sangat-sangat bersemangat dan teruja dengan kelas hari ni...
yela dah 2 minggu tak dapat suntikan semangat dari mentor-mentor yang dah berjaya..

yang specialnya kelas hari ni, kami disajikan dengan video-video percutian mereka ke London dan Paris dan juga testimonial mereka yang dah qualified. Ya Allah teruja sangat-sangat dengan cerita-cerita mereka. walaupun terkandas dalam bas selama 30 jam nak ke Paris sebab ribut salji, tetapi pengalaman tu yang sangat berharga dan tak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat kan...tapi disebalik peristiwa tu ada hikmah yang menanti dimana percutian mereka dilanjutkan lagi 2 hari dan semua perbelanjaan (pembatalan tiket flight, hotel dan sebagainya) DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh syarikat. yang paling best hanya Green Leaders Group sahaja dapat peluang tu. Jom kita tengok gambar-gambar mereka kat sana

 







memang teruja sangat tengok gambar-gambar ni kan, pulak tu bukan pergi sorang-sorang..siap bawak husband lagi tu..kira nya ni honeymoon jugak la ni..all sponsored okehhh...berdarah mata tengok..hotel pun khabarnya bukan hotel biasa-biasa.. stay dekat Pullman Paris tau..kalau nak tau rate hotel tu USD400++ per night..kali la dengan duit kita..memang dapat beg Coach sebiji...huh!!




last but not least, of coz Glampreneur kalau tak shopping bukan glampreneur namanya...tengok aje la hasil tangkapan mereka kat sana




dan hari ni dekat kelas ini yang kami nampak 



the CDMs with their brand new Classic Flap Chanel! T_T bernanah mataku...

dan saya takkan lepaskan peluang amik aura beg harga belas ribu ini...


okeh okeh..saya tahu saya jakun sikit, tp saya tak mampu nak sembunyikan kejakunan ini...maafkan saya...
bukan apa, buat pembakar semangat untuk berusaha kearah ini...segalanya takkan mustahil bila kita berusaha...apa pun jangan sesekali berputus asa. 

Race Shanghai masih belum tamat, Fiza harus berlari laju lagi lepas ni, anda yang sudi membaca blog ni, bila apa kata kita sama-sama kejar impian kita...tak kira tahap pendidikan kita macam mana sekali pun, bila kita ada impian, kita pasti akan berjaya..yang bagus nya business ni, kita ada mentor yang sentiasa pimpin dan beri tunjuk ajar pada kita. hanya kita yang tentukan sama ada kita ingin sama-sama berjaya atau kita hanya ingin menjadi pemerhati kejayaan orang lain sampai bila-bila...tepuk dada tanya hati..

sampai disini sahaja, sehingga berjumpa lagi... Goodnight darlssss!

xoxo



Friday, 4 January 2013

FREE TRIP!

Morning semua
GOOD NEWS!
sebagai pembukaan 2013 ni, syarikat dah umumkan pakej percutian percuma ke SHANGHAI!!


so sesiapa yang belum pernah merasa terbang dan melancong ke luar negara, ini lah masanya untuk anda merasa peluang itu dengan semua kos perbelanjaan ditanggung SEPENUHNYA oleh syarikat!
maknanya TAK PERLU risaukan tiket flight, duit hotel dan makan.
kita hanya perlu qualify je.
Awesome kan??? 



 just siapkan diri, baju cantik untuk dinner, dan paling penting DUIT UNTUK SHOPPING!!!!


lets have fun together in SHANGHAI with GREEN LEADERS GROUP!!!




What are you waiting for??? Book your FOC trip now!!! 

CALL ME
012-2278495