salam semua...
agak lama tak update blog ni..Fiza masih sedang mengumpul kekuatan setelah kehilangan seorang sahabat sejati..mungkin ada yang pernah baca entry yang lepas mengenai seorang kawan yang sangat istimewa dalam hati Fiza...pemergiannya membawa semangat Fiza bersamanya..terlalu pahit kenyataan yang harus ditelan..tiada lagi teman yang boleh menerima baik dan buruk Fiza, tiada lagi teman yang sentiasa memberi dorongan, tiada lagi pendengar setia, tiada lagi teman menangis bersama, tiada lagi.....
setelah 3 bulan lebih bertarung nyawa, tanggal 8 Januari 2013 Nurul Ainee Mustafa atau yang Fiza panggil Naneex telah pergi menghadap Ilahi dengan tenang sekali disisi suami yang tak pernah jemu menjaganya saban waktu..susah sangat sebenarnya nak menerima kenyataan yang dia dah tak ada...semenjak dia pergi sampai ke hari ni, setiap memori persahabatan kami berputar dalam fikiran ni macam video...terrrrlalu banyak rupanya...persahabatan yang terjalin 12 tahun lamanya, segala suka dan duka kami kongsi sama-sama.
Fiza takkan lupakan setiap gelak tawanya, senyumannya, suaranya, dan yang paling berharga dan paling Fiza tak dapat lupakan adalah lambaian terakhir seorang sahabat sejati seakan tahu kami takkan bertemu lagi..ketika itu, arwah masih di ICU dan keadaannya memang nampak sihat dan ceria berbanding hari-hari sebelumnya..masa tu waktu melawat ICU dah nak habis, Fiza tak dapat nak tunggu lama sebab ramai lagi yang tunggu nak masuk..ingat lagi masa Fiza sampai je dekat cermin bilik tu, muka naneex betul-betul ceria sambil melambai tangan pada Fiza..Allah je tahu betapa nak nye Fiza peluk dia masa tu..lega sangat tengok keadaan dia masa tu...
Tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya...kini hanya gambar-gambar arwah yang menjadi peneman. setiap hari Fiza akan tengok dan bayangkan gelak tawanya.
melihat jenazahnya buat hati kita rasa tenang setenang air mukanya...semoga dia ditempatkan bersama ahli syurga..Arwah Naneex meninggalkan dua orang permata yang sangat menawan hati sesiapa je yang memandang..Aqeef dan Zahra..
gambar diambil dari facebook kakak arwah
Walaupun tak sempat merasa kasih sayang sebenar seorang ibu, tapi mereka bertuah sebab terlalu ramai orang yang akan menyayangi mereka, apatah lagi muka mereka saling tak tumpah macam arwah...setiap kali memandang Aqeef, terasa melihat Naneex dalamnya..terlalu besar kuasa Allah..dan masa Fiza pegang Zahra, terasa terlalu dekat dengan dia...teringat janji kami masa arwah mengandungkan aqeef...anak-anak Naneex akan panggil Fiza Mummy dan anak-anak Fiza akan panggil dia Mama...dan kami masing-masing membayangkan persahabatan kami bila kami tua nanti...
tak pernah terlintas dalam fikiran kami akan terpisah seawal ini...sekuat mana kasih dan sayang kami pada arwah Naneex, lebih sayang Allah padanya...insyaAllah dia lebih tenang dan bahagia disana dari hidup di dunia ini...
Nurul Ainee Mustafa 27 November 1984 - 8 Januari 2013 Al-Fatihah |
Naneex,
terlalu pahit perpisahan ini...
terlalu banyak impian persahabatan kita yang belum tercapai...
terlalu sayangnya aku pada kau...
semoga kau tenang disana sahabatku...
persahabatan kita takkan terputus disini...
semoga kita dipertemukan disana nanti...
kau akan sentiasa diingatan dan sentiasa hidup dalam hatiku...
sesungguhnya tiada sesiapa dapat menggantikan tempatmu dalam hati ku..
kau sahabatku yang paling istimewa..
terima kasih kerana meninggalkan kenangan-kenangan manis dalam hidupku yang tak mungkin dapat kulupakan sepanjang hidupku...
damailah engkau disana disisi Pencipta yang Maha penyayang...
Selamat Jalan sahabatku...
Al-Fatihah..
kau sahabatku yang paling istimewa..
terima kasih kerana meninggalkan kenangan-kenangan manis dalam hidupku yang tak mungkin dapat kulupakan sepanjang hidupku...
damailah engkau disana disisi Pencipta yang Maha penyayang...
Selamat Jalan sahabatku...
Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment