Showing posts with label booth. Show all posts
Showing posts with label booth. Show all posts

Monday, 31 December 2012

WARNA WARNI 2012



salam...hari ni hari terakhir kita ditahun 2012 kan..rase baruuu sangat masuk 2012 hari tu..
apa pun, sememangnya 2012 ni menyimpan 1001 cerita suka dan duka dalam hidup Fiza..

Januari
Bermula kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa...sebab masa bulan Januari ni masih dalam honeymoon mood lagi lepas berhenti kerja...haven!

Februari
Still dalam honeymoon mood lagi. Maklumlah, 5 tahun kerja bila tiba-tiba dapat duduk rumah memang terasa la keseronokkannya...kan??

Mac
Bulan ni dugaan buat kami sekeluarga diatas pemergiaan datuk tersayang Hj Bahaudin Saad pada tanggal
 3 Mac 2012

semoga roh wan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman..amin...

April
Bermulanya kehidupan sebagai businesswoman..

masa ni masih penampilan diri belum menjadi keutamaan lagi..hehe..

May
its my first time celebrating Mother's day...walau pun Ayra lahir 2011, tp 2012 baru officially jadi ibu kann...memang excited.. :)



June

bulan ni special sikit sebab bulan ni adalah bulan anniversary kami yang ke-2 dan birthday Ayra Jasmine yang pertama..so kami buat double celebration dekat Bandung...2013 ke mana pula ye ayah??? :)



19 June 2012 Ayra Jasmine genap 1 tahun...

July
Its my Birthday...My special day... :) yang ke-28! 
thanks to my suami Mr Hanafi for the special birthday gift..love u so much..

Coach legacy leather duffle

p/s : sama yang macam Eva Longoria pakai ni.. ecewah!

August
Hari Raya tahun ni dengan family sebelah suami di Johor..



September
dimualakan dengan bawa Ayra ke Aquaria...seronok bawa budak yang sedang belajar pergi tempat-tempat macam ni...



September jugak 1st time Fiza naik stage untuk ambil penganugerahan dari syarikat, setelah beberapa bulan buat business. Kerja 5 tahun tak pernah pun dapat anugerah..hehe



Oktober
Bulan ni bulan paling sedih bila sahabat karib Fiza terlantar sakit dan sehingga sekarang dia masih berada di hospital...besar sungguh dugaan yang Allah beri padanya..sesungguhnya Allah sayangkan dia dan keluarganya..semoga Nurul Ainee Mustafa kembali sihat seperti dulu...Aku sayanggg kau sangat-sangat..


November

bulan paling banyak aktiviti...bermula dengan booth Premium Beautiful di MITC melaka


diikuti seminar di Holiday Inn Shah Alam


dan Majlis Ulangtahun Hai-O ke- 20




December

**update**

Family trip to Penang..memang sangat-sangat best!! 
nanti Fiza update pasal trip ni okeh...tungguuuu....




G.L.A.D (Green Leaders Activity Day)
Special Grooming class with professional MUA Tiar Zainal 
**will be update soon**





dan sekarang memang looking forward nak memulakan 2013...semoga 2013 memberi sejuta kemanisan dan lebih warna warni kehidupan Fiza sekeluarga...









Friday, 23 November 2012

Premium Beautiful @ MITC Melaka

Salams...huh bersawang blog ni..lama gile tak update...sorry la pembaca-pembaca dan peminat-peminat sekalian..terlalu banyak aktiviti hujung minggu bulan November ni...kita update satu persatu okeh bebeh??Dimulai dengan 'PB Booth' kami di MITC Melaka...

4 November lepas, kami beramai-ramai turun ke Melaka utk mempromosikan killer produk kami iaitu...tak lain dan tak bukan Premium Beautiful dan Biozone Food Purifier. Booth ni dibuka bersempena karnival yang dianjurkan oleh pihak RELA negeri Melaka. Walaupun  booth kitorang ni dibuka sehari je, tapi sambutan Alhamdulillah sangat menggalakkan.. ini 1st time kitorang buka booth ni..semua takda experience, so memang banyak la tak tau dari segi nak siapkan dan nak hias booth tu.. semua pun last minit je dapat idea. Alhamdulillah jugak kebetulan dapat booth yang betul-betul dekat dengan pintu masuk..




seawal pagi dah kene siap-siapkan booth..nasib baik la ada yang holiday terus kat sana..Fiza bertolak dari KL pukul 645 pg, sampai sana pun dah dekat pukul 8.30 pagi...1st time jugak drive sorang-sorang dari KL-Melaka-KL..mencabar!




awal pagi tu nampak macam tak ramai sangat orang yang datang, tapi lepas lunch dah start dah ramai.. bukan golongan wanita je yang singgah, golongan lelaki pakcik-pakcik dan abang-abang pun ramai yang bertanya pasal produk PB ni..semua tanyakan untuk isteri dan anak-anak..




Selain Premium Beautiful, produk yang sangat mendapat perhatian adalah Biozone Food Purifier.. disebabkan kitorang semua gunakan ayam untuk demonstration, ramai yang berhenti dan bertanya..yang bestnye, ayam yang kitorang guna tu dah dekat 10 kali purify pun, still ada sikit2 buih busuk tu...ewww!




paling best hari tu, booth kami dikunjungi oleh tetamu istimewa yang sangat sinonim dengan Biozone Food Purifier ni...nak tau sape???

-


-


-


-


-

TADAAA!!!!!

gembira betul chicky ni..die tak tau lepas ni die nak kene purify pulak...haha. siap tolong promotekan lagi Biozone tu..siaplah kau.....






walaupun agak penat, tapi experience ni betul-betul berharga...seronok dapat jumpa orang-orang baru, kawan-kawan baru yang sekepala, paling best tentunya pelajaran baru.. InsyaAllah lepas-lepas ni kalau dapat peluang untuk buka booth lagi, confirm kitorang takkan lepaskan peluang. Selalu biz melalui online je, bila sesekali offline, best jugak..

so, anyone interested to be part of our wonderful team, jangan malu dan jangan segan, contact je Fiza...and every step i will guide you to succeed 





~T.E.A.M~
Together Everyone Achieve More!!


call
012-2278495 
for appointment