Salam, diam tak diam dah setahun berlalu...tapi kenangan masa kerja dekat MIMB Investment Bank dulu memang masih kuat lagi...ye la tempat jatuh lagi dikenang kan...Fiza start kerja di MIMB pada 18 Ogos 2008 sampai 11 December 2011.. 3 tahun jugak la berkhidmat untuk MIMB...untuk pengetahuan semua, MIMB Investment Bank ni anak syarikat EON Bank Berhad. Office kitorang dekat Menara Eon Bank Jalan Raja Laut tu..tingkat 21! tapi lepas je EON Bank diambil alih oleh Hong Leong Bank, kami-kami semua terpaksa berpecah...sedih sangat..yela, kita dah serasi antara satu sama lain kan..dah macam adik beradik pun, tiba-tiba semua kene berpisah buat haluan sendiri...so sempena memperingati setahun 'pembubaran' MIMB, enjoyla gambar-gambar kenangan kami dulu...sememangnya MIMB menyimpan seribu kenangan kepada Fiza.
work station yang dirindui...tenang je tempat ni...
dari kiri: Kak Badar, Kak Su, Kak Azie, Kak Nor, Emi, Kak Yati and Kak Nonie
hari-hari last di MIMB
Bunga tinggi sangat..heheh
The ladies dgn Abg Zali..operator OKU kat MIMB
bila ada boss semua jadi 'sopan' je posing..
gambar ni lepas semua salam-salam dan nanges-nanges...kalau tgk betul2, muka semua bengkak je ni...
apa pun, MIMB memberi 1001 kenangan kepada Fiza, dan kenangan tu yang Fiza akan simpan sampai bila-bila..untuk itu, Fiza dedicate kan klip ni untuk semua ex-MIMB especially tingkat 21...semoga persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya...
xoxo
-FIZA-
No comments:
Post a Comment