Pejam celik pejam celik kita dah sampai bulan April tahun 2012...rasenye macam baru sangat tahun 2011 tu berlalu. Sepanjang bulan Mac yang lalu, memang banyak sangat cerita suka dan duka dalam diari kehidupan Fiza. Paling memberi impak adalah pemergian atuk yang kami kasihi ke rahmatullah.. 3 Mac 2012, atuk yg kami panggil 'Wan' meninggalkan kami sekeluarga pada usia yang hampir menjengah 90 tahun. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan utk kami bermanja dengan wan setelah 6 tahun pemergian arwah abah fiza. skarang bila wan takde, mak sorang je la tmpat kami bermanja..
Alhamdulillah, wan pergi dengan tenang dan mudah. segala urusan berjalan dengan lancar. dan kami sempat menatap wajah wan utk kali terakhir. tenang sangat wajah wan...hanya doa yg mampu kami kirim pd mu disana
al-Fatihah...
Haji Bahaudin Saad (1922 - 2012) ___________________________________________________________________________________________ |
Disebalik kesedihan, datang pula kegembiraan pada fiza dan keluarga pihak suami...tanggal 19 Mac 2012, keluarga mertua telah menerima ahli keluarga baru. Adik kepada suami fiza telah selamat melahirkan baby perempuan yg diberi nama Maisarah...comeeelll sangat. tahniah kepada Dila dan Din... comel tak baby diorang...
ehhhhh...salah pulak, ni baby saya..hehehhhh...
haaa..ni baru betul...Assalammualaikum Maisarah...
so itulah serba sedikit kenangan fiza di bulan Mac...sesungguhnya Allah maha adil, diberi ujian dgn kehilangan insan tersayang, di kurniakan insan comel yang boleh menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang memandang...
semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh wan....dan semoga Maisarah membesar menjadi anak yang solehah dan bijaksana...
semoga bulan ini dan bulan2 mendatang menjadi lebih baik buat Fiza dan keluarga...amin ya rabbal alaminn...
No comments:
Post a Comment