Wednesday, 7 October 2015

kemunculan semula

I'm back!! kali ni blog ini bertujuan untuk menyimpan memori saya dan keluarga..
seandainya ada yang tersesat jumpa blog ini, mohon maaf jika tiada anda berasa irritating yea... masa last blog ini terhenti family baru ada 3 ahli..sekarang Alhamdulillah dah ahli baru sorang..baru daftar 18 bulan yang lalu..



the Hanafi's

Tuesday, 9 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalammualaikum 


Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam telah pun tiba..sememangnya Ramadhan bulan yang penuh barakah..pintu rezeki pun terbuka luas untuk orang yang berusaha.

Sempena ketibaan bulan baik ni, Fiza nak mohon ampun dan maaf kalau ada yang tersinggung baca blog Fiza ni..sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri Fiza sendiri. 

semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Gunakan peluang yang kita ada ini untuk beribadat dan lipat gandakan saham akhirat kita In Shaa Allah..semoga Allah memanjangkan umur kita dan mudah-mudahan dapat kita tamatkan Rmadhan kali ini sehingga berjumpa lagi Ramadhan seterusnya

jadi malam ni dah boleh mula baca niat puasa..kalau ada yang terlupa, ni Fiza sharekan niat harian dan niat untuk sebulan..


Selamat berpuasa Fiza ucapkan, jangan lupa ambil peluang untuk tambah pahala dan juga tambah rezeki dalam bulan Ramadhan ni.. untuk yang nak mula berniaga, boleh contact Fiza, In Shaa Allah Fiza akan cuba kongsikan. 

SELAMAT BERPUASA!!!


Thursday, 20 June 2013

Hepi Boday Ayra!!!!!

waaaa... its has been a loooooooooooooooong time since my last post..now im back!!
 dekat- dekat sebulan jugak la tak update kan. 

so untuk 'pembukaan semula' blog ni, kita mulakan dengan perkembangan puteri kesayangan saya...


memandangkan semalam birthday dia kan...pejam celik pejam celik sekejap je ayra dah masuk dua tahun...rasa macam baru je update post birthday setahun hari tu...
Alhamdulillah masuk umur 2 tahun ni, Ayra dah macam-macam ragam dan gelagat dia..kadang-kadang tu boleh buat mami dia ni hangin jugak..tapi most of the time Ayra selalu buat hati kami happy..
so semalam Fiza dan Hanafi bawak Ayra pergi makan dengan nenek, aunties, uncles and cousins dia dekat Fullhouse Wangsa Walk..adalah potong kek sikit, sebagai syarat sebab Ayra sangat suka lagu HAPPY BODAY!! 

princess rambut kusut

yeayyy epi boday!!

red velvet cake untuk malam tu from Cupcakes Chapter


ya ampun...saya merosakkan gambar...

macam ni rupanya perasaan celebrate birthday anak..
nampaknya mami sorang je ready...ayra biasa lah dengan 'gwiyomi expression'
from left: Abg Ali, Abang Naufal dengan Kakak Hani
okeh..sila beri peluang pada kami..
harta paling berharga...adik beradik dan bonda..love them soooooo deep..
Walaupun hanya sambut dengan family je, tapi nampak Ayra sangat enjoy malam tu sebab semua cousin sepermainan dia ada and semua orang nyanyi lagu feveret dia kuat-kuat sampai 3 kali...heheh.. In shaa Allah nanti kita celebrate pula dengan atuk, nenek, asyu dan Maisarah dekat Johor. 

dan malam tu sampai je di rumah.....




apa lagiii....sampai pukul 2 pagi tak tido...thank you nenek, mak bo dan abang ali for the presents..

Abang Rash okehhh... Firash Arshad ke???

paling best hadiah ali, sebab dia dah tolong warnakan cermin mata chicken little tu siap-siap..hahah

sweet sangat la Abg Ali ni....








Friday, 10 May 2013

Fiza at Jovian Mandagie Boutique

Siapa tak kenal kan  dengan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.. rekaan beliau memang punyai kelas tersendiri. Terutama dalam rekaan pakaian pengantin

Rabu lepas Fiza berpeluang hadir ke majlis hi-tea di Butik Jovian yang diadakan khas untuk Green Leaders Group. Ini lah untungnya buat business dengan GLAM..macam-macam event yang kita dapat join.

 

sampai tutup kedai satu hari tau..thanks Jovian

Event ni bersempena dengan pelancaran produk baru dari Jovian iaitu JHijab..


langkah je masuk kedalam butik Jovian Mandagie, memang terpesona tengok koleksi rekaan pereka terkenal ni...memang sangat creative dan citarasa memang kelas! tak hairanlah kalau rekaan Jovian ni jadi kegilaan celebrities kat Malaysia ni.




ni antara koleksi yang di pamerkan di butik Jovian..baru sikit ni...

minum dan lepak-lepak sambil tunggu turn untuk ambil ukuran baju raya..

Jovian tolong tunjukkan sendiri macam mana nak gayakan JHijab ni..

Fiza tak lepaskan peluang ni untuk 'sambar' jugak selendang halfmoon JHijab..dapat pulak harga pengenalan orang cakap kan..cuma belum terer nak gayakan..masih dalam tempoh percubaan lagi.. dah terer nanti confirm buat collection macam selendang Ariani and Amra.

with our business mogul Hanis Haizi 

and also my mentor cum best friend Marlinda Ramlee

so inilah yang Fiza berjaya sambar hari tu..banyak yang habis stok...





Nampaknya hari tu memang Jovian tak operate business pun tak terjejas, sebab GLAM members je dah borong sakan kat sana...Apa pun thanks to Hanis jugak sebab anjurkan program ni, kalau tak memang tak tau la bila nak jejak kaki ke situ..hehe..









Monday, 6 May 2013

Malaysia Sudah Memilih..

Salam semua...mungkin hari ni ada yang sedang bercuti peristiwa atau cuti sendiri atau cuti sakit kan...yang penting KL tak cuti ye...ramai sangat yang update kat FB semalam, bukan nak tengok keputusan tp tunggu pengumuman cuti..heheh.. semalam kita dah pun tau keputusan PRU13.. apa pun keputusannya, diharap pemimpin yang mendapat mandat dari rakyat dapat memimpin negara dengan adil dan saksama..Jadikan isu-isu yang dibangkitkan oleh kami sebagai rakyat sebagai pemangkin kearah kerajaan yang lebih bertanggungjawab, adil dan saksama...

Buat kali ke-2 tahun ini Fiza mengundi di Sek Keb Gombak Utara..Alhamdulillah suasana pusat undian di Gombak sangat tenang dan meriah..tak kira apa jua ideology politik.




sementara menunggu giliran..nasib baik saluran 4 pendek je...

walau Fiza dah pernah mengundi sebelum ni, tapi rasa berdebar bila nak masuk bilik undi tu..sampai nak hulur jari pun menggeletar..hehe ntah apa-apa..

tapi lepas siap pangkah..rasa lega dan seronok...

ini adalah jari kami 4 beradik + jari bonda
bukti kami semua telah mengundi...tapi yang kecik baju putih tu action  je lebih

keputusan rasmi PRU13

walau apa jua pandangan atau ideologi politik kita, terima keputusan ini dengan terbuka. Fiza sentiasa doakan Malaysia sentiasa aman dan sebagai rakyat, Fiza harap kerajaan yang menang akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan saksama.. Buktikan kepada rakyat, menifesto dan janji-janji dikotakan, tunjukkan kami kemajuan ekonomi negara hentikan kontroversi dan provokasi...sekian...Selamat bercuti kepada pekerja-pekerja di negeri Selangor...







Thursday, 2 May 2013

Dream Comes True...Alhamdulillah...


Alhamdulillah..hujung bulan April hari tu, kami sekeluarga telah officially mempunyai rumah sendiri di Johor Bahru. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata bila pegang kunci rumah sendiri..macam tak percaya pun ada... syukur kehadrat Allah kerana murahkan rezeki suami untuk dapatkan rumah ni. 

so sekarang ni Fiza pulak yang over excited..tiap-tiap pagi sure google pasal home decoration. lepas tu mula la berangan nak buat macam-macam..walaupun belum ada perancangan serius nak pindah duduk sana..tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki kami ada di Johor, maka jadi penduduk tetap Johor la saya...

Buat masa sekarang ni, perancangannya hujung minggu je la kitorang balik sana, dan kalau family sebelah Fiza nak berjalan ke Johor tak payah nak sewa hotel lagi... 


Dengan rasminya membuka pintu rumah..
tadaaaa!!!! ini lah dia mahligai kami...
pintu masuk utama

Ruang tamu

kitchen 




ruang atas

Master bedroom

itulah saja gambar-gambar yang dapat Fiza share buat masa ni...In Shaa Allah bila barang dah penuh nanti Fiza update lagi...kepada yang pakar menghias rumah tu, pendapat anda amat dialu-alukan..sebab Fiza memang takde bakat hias menghias ni, just share your opinion dalam comment box tu ye...


















Wednesday, 1 May 2013

Debaran Mei...Are u Ready Malaysia???




Finally!!! bulan yang kita nanti-nantikan sudah tiba...lebih kurang 4 Hari saja lagi, kita akan menjalankan tanggungjawab paling penting kepada negara..5 Mei ini jom sama-sama kita jalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia..Pilihan ditangan kita, pilih pemimpin yang bertanggungjawab dan yang most important, pastikan negara kita akan kekal makmur sampai bila- bila.

bagi diri Fiza sendiri, Pilihanraya Umum ke-13 ni merupakan kali ke-2 Fiza mengundi. First time dulu masa masih muda remaja, sekadar mengikut sahaja, berbeza sekali dengan tahun ini, dimana pemikiran sekarang lebih matang dan pilihan kita akan menentukan masa depan negara dan anak-anak. Dan semestinya Fiza sangat tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara. Undi kita adalah suara kita, jadi tak kira apa jua fahaman politik, fikir sebaik-baiknya dan pilih pemimpin yang adil dan berkaliber. Jangan takut untuk memilih kerana semestinya UNDI ANDA ADALAH RAHSIA........


JOM PERGI MENGUNDI!!!!!!

p/s:siapa-siapa yang baca post ni, jom luangkan sedikit masa untuk share pengalaman pertama anda mengundi..