Tuesday 9 October 2012

Special Entry for My Special Friend

Assalammualaikum..

Dah lama jugak blog ni terbiar tanpa apa-apa update kan..sebenarnya dua tiga minggu kebelakangan ni adalah minggu yang sukar untuk Fiza..sahabat dunia akhirat Fiza yg Fiza panggil Naneex, berada dalam keadaan kritikal. Doktor masih belum dapat pastikan apa penyakitnya...baru lagi Fiza  pergi melawat dia kat rumah..masa tu Naneex nampak sihat je...sekarang setelah 3 minggu di ICU Hospital Selayang, keadaan naneex masih sama, tp Alhamdulillah husband dia bagitau, keadaan beliau agak stabil..

Naneex baru bersalin anak ke-2 pada 7 September hari tu..Baby pun lahir awal 2 bulan dari jangkaan..Baby pun sekarang masih dalam jagaan rapi di ward NICU..Sayu hati bila kenangkan sikecil yang belum tahu apa-apa tu..baby lain semua dalam dakapan ibu sekarang, tapi dia...Mama die pun sedang bertarung nyawa sekarang ni... 

Ya Allah terlalu besar dugaan buat Naneex, tapi sesungguhnya Allah maha adil, Allah tak pernah zalim. Fiza percaya, disebalik semua yang berlaku ni pasti ada hikmah yang besar buat Naneex dan keluarga..Fiza tak pernah putus berdoa agar diberi kesembuhan dan peluang untuk Naneex terus hidup dan membesar kan anak- anaknye Aqeef Huzaiman dan baby Nurin Irdyna Zaharah.

Naneex atau nama betul dia Nurul Ainee adalah kawan baik yg sangat rapat dengan Fiza. Kitorang start rapat masa tingkatan 4..masa tu belum betul-betul close, kitorang start close masa tingkatan 5. sejak tu mmg banyakkk sangat kenangan dengan Naneex. Terlalu banyak yang kitorang kongsi sama-sama, dari cerita 'admirer' sampai cerita 'boyfriend' sampai tukar status 'suami' sampai soal anak. semua tu. Dengan Naneex Fiza tak pernah berselindung apa-apa. Secara jujur, Naneex adalah orang yang paling Fiza selesa untuk bercerita apa sahaja.





Knowing Naneex, dia sangat berbeza masa dekat sekolah dan bila die dengan family die. She's very responsible person, very caring, very strong, dan memang kalau orang tak kenal die orang akan cakap die sombong. tapi hakikatnye dia sangat istimewa, sangat happy go lucky dan sangat baik hati.. what ever she's doing, die tak pernah lupa or belakangkan family die. terlalu banyak pengorbanan naneex utk family die sepanjang Fiza berkawan dengan dia. Waktu kawan-kawan semua sambung belajar sana sini, Naneex dah start kerja dan tolong mak dia uruskan adik dia yg kurang upaya, walaupun sebenarnya Naneex lebih pandai dari Fiza dalam academic. Tapi Naneex sikit pun tak pernah merungut, setiap apa die buat dia mesti fikirkan emak dan family dulu. Ketabahan dia tu buat Fiza kagum dan segani. 

with her lovely husband,  Khairul. 

with her hero Aqeef Huzaiman..
Memang susah sangat nak terima hakikat yang sahabat gelak ketawa menangis sama-sama sekarang ni sedang terlantar dan tak bermaya. Tak sanggup nak tengok die dalam keadaan macam tu. Mula-mula melawat die kat hospital, Naneex di'tidur' kan, sebab tekanan oksigen dalam badan die terlalu rendah..Luluh hati bila tengok tubuh naneex lesu, badan dia penuh wayar, dekat mulut ada tiub oksigen..tak  percaya itu adalah sahabat Fiza yg dulu sangat ceria orangnya..

Alhamdulillah minggu lepas Naneex dah mula sedar. Bila adik Naneex bagitau Naneex dah sedar, memang melonjak sangat hati nak tengok die. sampai dekat ward ICU, pilu sangat bila Naneex pandang muka Fiza dan lambaikan tangan die pada Fiza, walaupun hakikatnya Fiza dpt rase yang Naneex sangat tak bermaya..YaAllah sayu sangat hati masa tu Allah je yang Maha mengetahui. Untuk  pengetahuan, Naneex doktor tempatkan dalam bilik pengasingan  sebab dikhuatiri ada kuman yang boleh merebak..jadi kami hanya boleh tengok dia dari cermin kaca. Emak dan suami saja yang boleh masuk masa tu,

Setiap saat sekarang ni fikiran Fiza tak pernah lupa berdoa untuk Naneex. Setiap kali itu jugak, airmata ni jatuh. Rindu pada sahabat yang seorang ini memang susah nak digambarkan. Sebelum Naneex sakit kitorang tak pernah lupa contact each other untuk tahu perkembangan masing-masing..Allah sayangkan Naneex, sebab tu dia beri ujian sebesar ini untuk hambanya. Dan Fiza tahu Naneex kuat untuk harungi semua ini. Sebagai sahabat, hanya doa yang tak pernah putus untuk dia kembali sihat macam dulu..




Sahabat..
aku tahu kau kuat, semoga Allah sentiasa melindungimu...
aku hanya mampu mendoakan agar kau kembali seperti dulu...
sesungguhnya aku amat menyayangimu 


YaAllah,
 kau berilah kekuatan kepada sahabatku ini,
berilah dia peluang dan kesempatan untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak-anaknya yang masih belum mengenal erti hidup,
Kau berikanlah kebahagiaan kepadanya di dunia dan diakhirat...
Amin ya Rabbal Alamin...











No comments:

Post a Comment