Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalammualaikum 


Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam telah pun tiba..sememangnya Ramadhan bulan yang penuh barakah..pintu rezeki pun terbuka luas untuk orang yang berusaha.

Sempena ketibaan bulan baik ni, Fiza nak mohon ampun dan maaf kalau ada yang tersinggung baca blog Fiza ni..sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri Fiza sendiri. 

semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua. Gunakan peluang yang kita ada ini untuk beribadat dan lipat gandakan saham akhirat kita In Shaa Allah..semoga Allah memanjangkan umur kita dan mudah-mudahan dapat kita tamatkan Rmadhan kali ini sehingga berjumpa lagi Ramadhan seterusnya

jadi malam ni dah boleh mula baca niat puasa..kalau ada yang terlupa, ni Fiza sharekan niat harian dan niat untuk sebulan..


Selamat berpuasa Fiza ucapkan, jangan lupa ambil peluang untuk tambah pahala dan juga tambah rezeki dalam bulan Ramadhan ni.. untuk yang nak mula berniaga, boleh contact Fiza, In Shaa Allah Fiza akan cuba kongsikan. 

SELAMAT BERPUASA!!!