Monday 24 September 2012

Lawatan sambil belajar

haa tajuk post je dah mcm zaman skolah-skolah dulu kan..teringat masa darjah 6 dulu sekolah buat 'lawatan sambil belajar pegi BUKIT BELACAN..haha excited habis bila mak abah bg pergi..sekarang bila fikir balik ntah hape-hape ntah lawatan gi Bukit Belacan..ada sungai je kottt...tp lepas pegi Bukit Belacan baru pegi Menara KL..hebat la masa tu.

tapi post ni bukan la nak cerita rombongan zaman skolah dulu...kehidupan dah berubah kan, skarang bawak anak pulak pergi lawatan..'lawatan' la sangat kan :)  sebenarnye hari tu lepas settle appointment dengan client, Fiza and Encik Hanafi bawak Miss Ayra kite ni pergi Aquaria..maklumlah budak baru nak belajar kenal haiwan kan..masa ni memang sesuai nak bawak die pergi tempat-tempat macam ni. Asyik tengok gambar dalam buku je kan..cewah, sebenarnye mak die yg lebih excited  

so enjoy the pictures....



mummy yg teruja tgk ikan-ikan tu..heheh



ayah cool je..



Ayra tgh belajar something..












oooppsss terlebih sudah!



tapi dinasihatkan sebelum nak bawak budak-budak kecik ni berjalan, make sure die dpt tido yg cukup dulu..kalau tak, ini lah jadinye...







hmmm...ayra dah start buat muka mcm tu jom la kite keluar....

style tak?? heheh

lepas ni ayra, kita ajak ayah pergi ZOO pulak..OK tak ayah???



Thursday 20 September 2012

Selamatkah Apa Yang Kita Makan??

Assalammualaikum...


sedapnye nampak sayur2 ni kan..memang sangat tinggi nutrisinya..TAPI...pernah tak terfikir apa yang selalu kita makan ni tidak sebaik yang kita lihat??

Sebenarnya, nowadays makanan yg kita ambil  ni terlalu banyak bahan yg menjadi 'silent killer' seperti racun serangga larut air dan larut lemak dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, antibiotik dan baketeria dalam ayam, daging, itik dan makanan laut.



So, how to minimize the harmful effects of engineered hormones, artificial flavours and coloring in our food?


-
-
-
INTRODUCING....

BIOzone Food Purifier

Kenapa anda perlukan BIOzone Food Purifier?

- Selamat digunakan
- Berkesan menyingkirkan kesan pencemaran terhadap makanan, tanpa menjejaskan nutrisi.
- memelihara kesegaran dan menyingkirkan bau busuk pada makanan
- Penjanaan ozon yg berkesan dan mesra alam

PROSES BIOzone Dan Kaedah Bubbling

- BIOzone Food Purifier menggunakan proses pengkhususan iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon    bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3)
- O3 akan kembali menjadi O2 setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan - bahan pencemar
- Tiub silikon bergred medikal akan menyalurkan O3 ke dalam air dimana makanan akan direndamkan
- Proses bubblimg akan bermula untuk purifikasikan makanan dalam tempoh masa yg ditetapkan

gambar-gambar berikut membuktikan pencemaran pada ayam yang kita makan selama ni



In few minutes,
You can see foam like substance appearing on top
-
-
Looks like "fats" are on the bubbles...Now it starts to smell bad a little.


After 30 minutes,
Look at how much the "bubbles" have accumulated

When we scooped it up. The texture is sticky.



Wipe it and try to burn it to see

if this just normal "bubbles" or something else??




So nilailah sendiri...bayangkan kita akan terus makan bahan-bahan macam ni untuk 10, 20 tahun akan datang..berapa banyak pulak TOKSIN yang kita nak simpan dalam badan kita? 

Ramai orang yang sanggup berhabis duit demi mendapatkan gadget yang terkini, tapi berapa ramai sanggup keluarkan duit untuk kepentingan dan kesihatan keluarga anda? Kalau tidak untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya fikirkan untuk anak-anak kita yg sedang membesar...

Watch full Demo on the product here:

 For more product info dan earlybird price...

Contact me now
while cash rebate still last!

012-2278495







Thursday 13 September 2012

TRIBUTE TO TAUFEK HAJI ALI

Assalammualaikum,

Entri khas ni adalah untuk memperingati pemergian insan yang paling Fiza kasihi..
Tanggal 12 Jun 2012, genap enam tahun abah pergi meninggalkan kami semua. walaupun telah enam tahun berlalu, tapi terasa macam baru je semalam arwah disemadikan. 

memang pada mulanya susah nak terima kenyataan yg kita takkan dapat lagi tatap wajah orang yg kita kasihi, takkan dapat dengar lagi suara dan senda guraunya, takkan dapat salam tangannya dan takkan dapat cium pipinya lagi. Tapi Fiza tetap bersyukur sebab arwah abah sempat merasa gaji pertama Fiza. Walau pun masa tu tak banyak dapat bagi, tapi bila pandang wajah abah masa terima duit tu susah nak gambarkan, walaupun abah cakap "tak payah bagi" tp sebenarnya fiza tau, jauh disudut hati die sbenarnya die bangga..smpai Fiza menangis lepas dapat bagi duit tu, bukan menangis sbb apa, sbb rase puas sangat dapat bagi die merasa duit hasil titik peluh kita sendiri..rasa dah dapat balas jasa abah. walaupun sebenarnya jasa org tua kita mmg sampai mati pun kita tak terbalas.

sebagai anak bongsu, mmg tidak dinafikan Fiza sangat manja dengan arwah abah..sampai darjah 6 pun masih tidur bawah ketiak lagi..kami selalu kemana mana berdua..abahlah guru vokal Fiza, abahlah cikgu memandu Fiza merangkap driver Fiza, abahlah kawan bergaduh, abah lah segala2nya..banyak sangat kenangan bersamanya dulu..kenangan paling manis yg tak dapat fiza nak lupakan, masa Fiza form 3, balik sekolah je, ikut abah jemput anak buah dekat tadika dekat Taman Koperasi Polis. Sampai je kat kawasan taman perumahan tu, abah akan beri sepenuh kepercayaan pd Fiza utk bawak kereta sampai ke tadika..bayangkan form 3 dah boleh bawak kereta..

Arwah abah memang seorang ayah yang sporting dan baik, jangan kata naik tangan, jentik pun tak pernah. Tapi kalau sekali die tinggi suara memang boleh terkencing dalam seluar..haha (saya la tu). 

salah satu gambar kenangan bersama arwah.

Untuk pengetahuan korang semua, abah Fiza dulu penyanyi. Dia popular zaman-zaman 60-an mcm tu la. mungkin kalau korang tanya abah korang or pakcik2 korang yg dah 50 tahun ke atas kenal la kot nama Taufek Haji Ali ni. Antara lagu2 yang top dulu adalah lagu Mabok Kepayang, lagu Kenang Daku Dalam Doamu (tapi lagu ni dinyayikan semula oleh Tan Sri SM Salim), lagu Kewahipan dan ada la beberapa lagi. Lepas dah tak aktif menyanyi, arwah abah bukak company buat alih suara drama2 Jepun. Antaranya drama Oshin, Doraemon, Tomato Man,dan banyak lagi la. Ha, kalau nak tau, suara atuk Oshin (dalam drama Oshin) yg orang selalu ajuk2 kalau alih suara tu, suara abah saya la tu! 
Yang kat bawah ni antara album yang pernah dihasilkan.

yang paling hensem atas kiri tu la abah saya ;)

Beberapa bulan sebelum arwah meninggal, TV3 buat program 'Bersamamu' bersama artis veteran. tujuannye nak mengenang balik penyanyi2 dan artis artis veteran yang dah lama menyepi, supaya generasi muda sekarang kenal dengan artis-artis lama. Dalam program tu, sempat la pihak TV3 menemukan arwah abah dengan sahabat baik die yg dah lama tak jumpa iaitu Tan Sri SM Salim, dimana arwah pernah cakap hasrat die tu pada Fiza dulu..Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat  dia tu..masa hari arwah abah meninggal, Tan Sri SM Salim pun datang ziarah jenazah dalam keadaan die yang juga uzur masa tu.

gambar ni dapat hasil carian google dari seorang peminat arwah
Arwah abah meninggal sbb lelah teruk, dan paru-paru die pun dah tak boleh berfungsi dengan baik. Tapi Fiza sangat bersyukur sbb diberi kesempatan untuk jaga arwah di hospital selama seminggu. Puas juga sbb dapat berbakti pada dia diakhir akhir hayatnya. Cuma terkilan sedikit, sbb masa malam die nak pergi, Fiza beriya-iya tak nak bermalam di hospital malam tu, mungkin takde rezeki nak menatap pemergian dia. Hanya mak sorang je yang dapat tatap die pergi..Abah menghembuskan nafas terakhir pada 12 September 2006, sekitar jam 3 pagi di Hospital Selayang. Alhamdulillah arwah abah pergi dengan tenang. 

Sesungguhnya walaupun abah dah tiada di mata, tapi dalam hati Fiza die masih lagi hidup dan takkan mati buat selamanya. Kasih sayang abah, senda gurau dan gelak tawanya tak pernah luput dari ingatan. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga Allah pertemukan kita di syurga. 



Kenang Daku Dalam Doamu

Sungguh jauh dikau pergi...
Berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak berdaya
Sudahlah memang nasib ku dik
Demikian rupa

Ku berdoa agar dikau hidup bahgia
Jangan Bimbang padaku nan berduka

Tapi dik kau jangan lupa 
Kenang daku dalam doamu
Itu yang ku pinta dari dulu
waktu bertemu...


Taufek Haji Ali 
19 Januari 1936 - 12 September 2006

~Al- Fatihah~



Wednesday 12 September 2012

THE BEGINNING OF MY JOURNEY

Alhamdulillah sabtu yang lepas telah berlangsungnya sm ssm awards yang telah diadakan di PGRM Cheras. sm ssm award ni adalah permulaan untuk Fiza, InsyaAllah lepas ni akan cuba gapai yang lebih baik dan baik lagi.. Bukan susah pun untuk kita berjaya dalam biz ni..apa kita perlu buat, hanya ikut dan tiru setiap langkah orang-orang yang dah berjaya..for your information, ini first time  Fiza join event dengan syarikat. Memang BEST! Semua pun glamour sangat..so enjoy the pictures.


ambil gambar dgn banner syarikat yg banyak mengubah hidup ramai usahawan.


my mentor yang sangat banyak membantu dalam biz. Dari tak pandai apa2, sampai dah boleh berdikari sendiri skrg ni.. thanks Mar.



sebahagian kumpulan kami yang amik award petang tu..muka ceria je semua lepas dpt bunga dari sifu..


CDM Naa Kamaruddin, yang sangat banyak beri tunjuk ajar dan semangat. nak berjaya kene follow orang yang dah berjaya rapat-rapat.


both are my great teacher and mentor.


on the way nak ke dewan tu, ada setting utk jadi 'model' produk baru..tanpa membuang masa Fiza pun apa lagi terus amik camera. Sebelum tu ada perasan dua tiga org kat sebelah tu tgh tengok Fiza bergambar..perasan cun sekejap, sbb siap ada photographer professional dtg ambil gambar fiza. pastu tiba2 photographer tu bagi 'form' yang telah diisi utk redeem gift..terkejut jugak, sbb tu bukan nama fiza..Rupa rupanya.... nak ambil gambar kat situ kene queue, dan isi form (sbb ada contest). Dan orang2 yg tengah pandang2 Fiza tadi tu tgh tggu turn die nak bergambar la...hahaha ku pikirkan daku dah cun habes masa tu...maaf la ye...



my first achievement..InsyaAllah lepas ni ada lagi dan lagi..sampai jadi CDM


turun je dari stage, kami disambut oleh Naa dengan kata2 peransang. Sempat bergambar dengan our great mentor Hanis Haizi dan husband nya CDM Razali Zain.





Lepas je acara habis, tu lah activity kami semua..hehe seronok sangat sbb semua sekepala dan semua mempunyai matlamat yang sama dalam biz. Dan yang paling BEST semua mempunyai aura yang POSITIF.


sebelum bersurai sempat lagi kami buat o-group. tak kira dimana dan bila2 sentiasa rujuk kepada pemimpin.


The Beautiful Apprentice..beautiful kan kami?? hehe..


last but not least, ni lah dia CDM celebrity pertama..CDM Hanis Haizi  yang menjadi idola kami semua. Jutawan muda yang baru berusia 28 tahun. InsyaAllah Fiza akan ikut jejak Hanis dan CDM lain yang dah berjaya. 
-
-
-

Memang seronok sangat bila berada dalam kumpulan yang hebat, semua punyai matlamat yang sama, nak berjaya dalam biz. Kita semua masih muda, rugi kalau tak gunakan masa dan kudrat yang ada utk kumpul harta dari sekarang.

Be part of us now, dan sama-sama kita upgrade diri kita dari yang biasa kepada yang luar biasa. 

:D

Shafiza Taufek
012-2278495