Wednesday, 31 October 2012

It's All About Her...



She is the reason why i start this business...




kenapa Mummy buat kerja ni?? sedangkan dulu mummy tak pernah suka pun kerja ni...?
sebab... dulu mummy belum ada Ayra Jasmine...tapi sekarang Ayra keutamaan mummy...mummy buat kerja ni pada mulanya sebab keperluan, bukan sebab minat...
semua untuk Ayra dan insyaAllah adik-adik Ayra...

Mummy nak bagi hanya yang terbaik untuk anak-anak mummy, dari segi keperluan, pelajaran, keinginan, semua lah...mummy tak nak anak-anak mummy rasa kekurangan dan ketinggalan.. mummy nak jadi mummy yang boleh jadi role model kepada Ayra dan adik-adik. 

bila pandang muka Ayra, mummy selalu berangan, mummy hantar Ayra pergi sekolah, jemput Ayra balik...habiskan masa sama-sama dengan Ayra dengan benda yang berfaedah...
mudah-mudahan mummy dipanjangkan umur untuk buat semua tu dengan Ayra dan adik-adik..

impian mummy, InsyaAllah 3 - 4 tahun lagi mummy nak sekolahkan Ayra dekat sini..


atau pilihan kedua mummy...


lepas tu...primary and secondary school nanti dekat sini...

International Islamic School dekat Gombak
dekat je dengan rumah nenek

InsyaAllah....

Bila Ayra dapat pendidikan awal yang sempurna, senang Ayra nak tentukan masa depan Ayra nanti... dekat mana Ayra nak sambung belajar pun mummy tak kisah.

sebab tu lah sekarang mummy mulakan langkah pertama sementara Ayra masih kecil..Mummy buat jugak walaupun pada mulanya mummy tak suka..tapi Alhamdulillah, makin lama mummy buat business ni makin mummy jatuh cinta, makin seronok, dan paling berharga dalam business ni, bila mummy dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa positif dan punyai misi yang sama.

InsyaAllah, Mummy akan buat yang terbaik untuk Ayra dan adik-adik Ayra nanti..
Ayra adalah semangat mummy  untuk mummy buat bersungguh-sungguh...
i'm doing this for you sayang mummy, and we going to do this together... 










Wednesday, 24 October 2012

Kelebihan Isteri Tak Cantik

salam all...
hehe jangan terkesima pulak tgk tajuk post tu...bukan apa kadang kadang mungkin ada suami yang mengeluh sebab isteri tak cantik, isteri yang sedih sebab tak dapat jadi isteri yang dibanggakan oleh suami kan...'CANTIK' tu sendiri adalah subjektif..tak guna kalau muka cantik, tapi hati tak cantik. Cantik bukan la segala-galanya, yang penting akidah dan pekerti yang baik..

Jom kita tengok apa kelebihan isteri-isteri yang kurang cantik ni...para suami boleh la ambik iktibar ye..buka mata dan fikiran.

RAJIN

Isteri yang tak berapa cantik ni, mereka agak rajin berkerja. Mereka tidak banyak mengharap. Tak perlu orang gaji. Tak seperti isteri cantik, mereka takut kulit mereka gelap, takut tangan kasar, dan macam-macam lagi la. Memasak pun takut terpercik minyak panas la...

LEBIH SELAMAT

Sebagai suami kepada golongan ini mereka akan berasa lega dan tak perlu takut jika isteri mereka curang. Peluang mereka untuk curang adalah tipis. Seperti contoh ketika bershopping, tidak ada uang akan mengorat isteri mereka. Bila tiada yang nak mengenyit mata, tiadalah yang nak mintak phone number, email dan sebagainya...

LEBIH MENTAATI

Ramai yang mengatakan bahawa isteri yang cantik selalunya ego tinggi. Menafikan bahawa lelaki ni ketua dalam keluarga dan peratus yang tinggi untuk isteri ni menjadi 'Queen Control'. Selain itu isteri-isteri yang cantik ni tidak risau kehilangan suami mereka kerana lebih ramai lagi lelaki yang menanti mereka diluar sana..

Apa pun ini hanyalah sekadar hiburan, bagi hilang ngantuk dekat office tengah-tengahari ni kan...Tak semua perempuan cantik tu perangai tak elok kan...yang terasa diri tak cantik, korang sebenarnya sangat cantik! tak payah la nak buat pembedahan sana sini, masuk benang la jarum la hape la...sesungguhnya Allah mencipta makhlukNya semua cantik-cantik dan ada kelabihan masing-masing...jadi tak perlu kita nak mengubah ciptaanNya...sampai jadi macam ni



Untuk kaum Suami, bersyukur la atas jodoh yang Allah dah tetapkan..sebab itu adalah yeng terbaik untuk korang...kalau nak isteri cantik, itu tanggungjawab suami untuk bagi belanja kepada isteri, hantar pergi grooming class ke, belikan baju yang up to date sikit, dan paling penting, hadiahkan isteri korang 1 set PREMIUM BEAUTIFUL!  confirm suami-suami terliur :) silap-silap kalah kakak ni...





Monday, 22 October 2012

ANNOUNCEMENT!!

Salam...

Hari ni Fiza nak buat satu pengumuman...



sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang....



satu-satunya produk pakaian dalam yang mendapat pengiktirafan dari


 dan satu-satunya yang ada jaminan




Harga runtuh PREMIUM BEAUTIFUL sempena Hari Raya Aidiladha....3 hari je!!??

Special price only for my FB / Blog readers..Deals ends on 
26/10/2012

PB SETS LIMITED!!

PM / Inbox / Call
012-2278495  

FREE GIFT UNTUK 4 PEMBELI PERTAMA!!!












Tuesday, 9 October 2012

Special Entry for My Special Friend

Assalammualaikum..

Dah lama jugak blog ni terbiar tanpa apa-apa update kan..sebenarnya dua tiga minggu kebelakangan ni adalah minggu yang sukar untuk Fiza..sahabat dunia akhirat Fiza yg Fiza panggil Naneex, berada dalam keadaan kritikal. Doktor masih belum dapat pastikan apa penyakitnya...baru lagi Fiza  pergi melawat dia kat rumah..masa tu Naneex nampak sihat je...sekarang setelah 3 minggu di ICU Hospital Selayang, keadaan naneex masih sama, tp Alhamdulillah husband dia bagitau, keadaan beliau agak stabil..

Naneex baru bersalin anak ke-2 pada 7 September hari tu..Baby pun lahir awal 2 bulan dari jangkaan..Baby pun sekarang masih dalam jagaan rapi di ward NICU..Sayu hati bila kenangkan sikecil yang belum tahu apa-apa tu..baby lain semua dalam dakapan ibu sekarang, tapi dia...Mama die pun sedang bertarung nyawa sekarang ni... 

Ya Allah terlalu besar dugaan buat Naneex, tapi sesungguhnya Allah maha adil, Allah tak pernah zalim. Fiza percaya, disebalik semua yang berlaku ni pasti ada hikmah yang besar buat Naneex dan keluarga..Fiza tak pernah putus berdoa agar diberi kesembuhan dan peluang untuk Naneex terus hidup dan membesar kan anak- anaknye Aqeef Huzaiman dan baby Nurin Irdyna Zaharah.

Naneex atau nama betul dia Nurul Ainee adalah kawan baik yg sangat rapat dengan Fiza. Kitorang start rapat masa tingkatan 4..masa tu belum betul-betul close, kitorang start close masa tingkatan 5. sejak tu mmg banyakkk sangat kenangan dengan Naneex. Terlalu banyak yang kitorang kongsi sama-sama, dari cerita 'admirer' sampai cerita 'boyfriend' sampai tukar status 'suami' sampai soal anak. semua tu. Dengan Naneex Fiza tak pernah berselindung apa-apa. Secara jujur, Naneex adalah orang yang paling Fiza selesa untuk bercerita apa sahaja.





Knowing Naneex, dia sangat berbeza masa dekat sekolah dan bila die dengan family die. She's very responsible person, very caring, very strong, dan memang kalau orang tak kenal die orang akan cakap die sombong. tapi hakikatnye dia sangat istimewa, sangat happy go lucky dan sangat baik hati.. what ever she's doing, die tak pernah lupa or belakangkan family die. terlalu banyak pengorbanan naneex utk family die sepanjang Fiza berkawan dengan dia. Waktu kawan-kawan semua sambung belajar sana sini, Naneex dah start kerja dan tolong mak dia uruskan adik dia yg kurang upaya, walaupun sebenarnya Naneex lebih pandai dari Fiza dalam academic. Tapi Naneex sikit pun tak pernah merungut, setiap apa die buat dia mesti fikirkan emak dan family dulu. Ketabahan dia tu buat Fiza kagum dan segani. 

with her lovely husband,  Khairul. 

with her hero Aqeef Huzaiman..
Memang susah sangat nak terima hakikat yang sahabat gelak ketawa menangis sama-sama sekarang ni sedang terlantar dan tak bermaya. Tak sanggup nak tengok die dalam keadaan macam tu. Mula-mula melawat die kat hospital, Naneex di'tidur' kan, sebab tekanan oksigen dalam badan die terlalu rendah..Luluh hati bila tengok tubuh naneex lesu, badan dia penuh wayar, dekat mulut ada tiub oksigen..tak  percaya itu adalah sahabat Fiza yg dulu sangat ceria orangnya..

Alhamdulillah minggu lepas Naneex dah mula sedar. Bila adik Naneex bagitau Naneex dah sedar, memang melonjak sangat hati nak tengok die. sampai dekat ward ICU, pilu sangat bila Naneex pandang muka Fiza dan lambaikan tangan die pada Fiza, walaupun hakikatnya Fiza dpt rase yang Naneex sangat tak bermaya..YaAllah sayu sangat hati masa tu Allah je yang Maha mengetahui. Untuk  pengetahuan, Naneex doktor tempatkan dalam bilik pengasingan  sebab dikhuatiri ada kuman yang boleh merebak..jadi kami hanya boleh tengok dia dari cermin kaca. Emak dan suami saja yang boleh masuk masa tu,

Setiap saat sekarang ni fikiran Fiza tak pernah lupa berdoa untuk Naneex. Setiap kali itu jugak, airmata ni jatuh. Rindu pada sahabat yang seorang ini memang susah nak digambarkan. Sebelum Naneex sakit kitorang tak pernah lupa contact each other untuk tahu perkembangan masing-masing..Allah sayangkan Naneex, sebab tu dia beri ujian sebesar ini untuk hambanya. Dan Fiza tahu Naneex kuat untuk harungi semua ini. Sebagai sahabat, hanya doa yang tak pernah putus untuk dia kembali sihat macam dulu..




Sahabat..
aku tahu kau kuat, semoga Allah sentiasa melindungimu...
aku hanya mampu mendoakan agar kau kembali seperti dulu...
sesungguhnya aku amat menyayangimu 


YaAllah,
 kau berilah kekuatan kepada sahabatku ini,
berilah dia peluang dan kesempatan untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak-anaknya yang masih belum mengenal erti hidup,
Kau berikanlah kebahagiaan kepadanya di dunia dan diakhirat...
Amin ya Rabbal Alamin...